Sunday, 25 October 2015

Mangga epal

Selepas lebih tiga tahun akhirnya penantian saya membuahkan hasil. Keluar sahaja gugusan bunga yang pertama dia punya excited macam orang beranak sulung. Maklumlah hayat hidup saya mana pernah dapat hasil tanaman macam tu. Setakat tuai daun kari dan daun pandan tu semua orang pun boleh. 


Anak pokoknya saya beli kat nurseri Keramat. Tiga tahun lepas. Harga RM15 sepohon. Tinggi masa tu tak sampai 2 kaki. Awal-awal penanaman pokok ni saya memang tidak beriya-iya mengharap sangat akan mendapat hasil. Kalau dapat hidup subur pun dah cukup bagus bagi saya. Rasanya saya ni bukannya keturunan green fingers. Setakat boleh tanam pokok-pokok herba untuk kegunaan dapur tu pun dah cukup bagus. Teringat pesan nenek saya.

"Tak rugi berbudi pada tanah. Apa yang kita tanam tu hidup. Nanti depa pakat doa kat kita."

Walaubagaimanapun saya ikut juga peraturan penjagaan pokok mangga ni. Tak susah mana pun. Sebelum tanam tu korek lubang sedalam satu kaki. Letak tanah hitam 1/2 kampit. Tanah ni depa jual dalam plastik standard. Pi kedai mana pun saiz plastik dia sama je. Lepas tu tabur baja organik yang rupa biji-biji hitam kelabu tu. Depa kata baja tahi ayam. Lepas tu baru masukkan anak pokok tu. Timbus dengan tanah yang dikorek tadi. Lepas tu siram, Siram dua kali sehari, pagi dan petang sehingga lah keluar pucuk baru. Tabur baja setiap dua minggu sehingga pokok tu membesar sekali ganda. Lepas tu bajakan sekali sebulan sahaja. Lepas tu.... saya dah malas dah. Tunggu masa rajin baru saya letak baja. Siram pun pakai air hujan je. Tapi saya rajin bertanya khabar pokok-pokok saya itu. Bukan setakat pokok mangga ni. Semua pokok yang saya tanam mempunyai nilai tersendiri di hati saya.


Sebaik keluar gugusan bunga yang pertama hampir setiap hari saya bercakap-cakap dengan pohon mangga tu.  Petang-petang balik kerja saya akan terus melawat pokok dulu sebelum masuk rumah untuk bersilat kat dapur pulak. 

"Awai-awai, pokok buah kayu ni akan belajag bebunga dulu. Satgi lama-lama dia galak la bebuah."

Nenek saya memang panggil pokok buah-buahan tempatan ni pokok buah kayu. Kenapa tah. Tak sempat nak tanya sebab musababnya. Malangnya sebanyak mana bunganya keluar sebanyak itu juga bunga itu gugur. Mula tu suspen jugak, akan berbuahkah pohon manggaku ini? Baka jantankah? Tapi saya tidak putus berdoa. Anjing jiran saya (jiran saya tu bangsa Cina) yang selama ini akan menyalak setiap kali nampak kelibat saya bawah pokok mangga tu pun dah buang tebiat dia. Dah tak larat gamaknya nak menyalak tengok saya hari-hari dok tilik pokok mangga tu. Dah nampak macam  orang kurang siuman pulak kot. Kelakar pun ada. Betul kata nenek saya, kalau kita selalu bersembang dengan pokok depa akan bagi respon positif. Akhirnya keluar juga putik buah pertama sebesar kepala mancis.

Buah sulong semakin sihat membesar.

Fasa sulung hanya mengeluarkan 4 biji buah. Setiap hari saya akan monitor tumbesaran mereka. Pokoknya rendah sahaja jadi setiap biji buahnya memang boleh dibelai-belai dengan tangan. Walaupun kata orang kalau kita selalu pegang-pegang, buahnya akan memburuk. Tak kisah lah... yang penting itu cara saya apreciate pokokku ini. Lama juga saya menunggu buah ini membesar. Dari putik sebesar kepala mancis mencecah saiz sebiji bola baling memakan masa 6 bulan juga rasanya. Risau juga takut dahannya patah. Hubby suruh buat sangga. Hmm...tunggu lah. Entah bila nak rajin untuk buat semua tu.


Semakin hari buahnya semakin galak membesar. Saya tak pasti bilakah masa yang sesuai untuk memetik buah mangga nan sebatang ini. Risau juga takut lama-lama nanti dimakan ulat. Tupai pun banyak dok berkeliaran kat rumah saya ni. Tapi depa selalu target pokok pisang saya. Dah dua tandan pisang saya depa buat kenduri. Saya pun tak berniat nak tebang pokok pisang tu. Biarlah menjadi rezeki tupai-tupai comel tu. Tapi dengan mangga ni, saya tak akan bagi peluang kepada anasir lain. Ini rezeki keluarga saya. Untuk suami dan anak-anak saya sahaja. Ulat or tupai nehi... (Entah-entah sebenarnya tupai memang tak suka buah mangga kot. Hmm.... nak kena buat research ni)


Sebab dah tak sabar-sabar nak merasa buah sulungnya, saya terus petik sebaik dah nampak macam kekuningan. Texture buahnya sangat halus tanpa cela. Rasa iras-iras epal hijau. Agak masam sebab belum cukup mengkal. Nak kata mangga muda pun tak berapa nak muda. So kami makan cicah ngan sambal rojak Mak Bee. Selebihnya saya buat kerabu mangga. Alhamdulillah rezeki pertama ini dapat dinikmati seisi keluarga. Tak sempat nak bergambar dengan kerabu mangga sebab sekali hadap terus licin. :)


Sebenarnya ada lagi sepohon pokok mangga yang saya tanam kat bahagian belakang rumah. Hadiah daripada sahabat guru saya. Namun hingga kini belum menunjukan tanda-tanda hendak berbuah lagi. Jenis mangga siam. Lupa pulak namanya. Mungkin juga iklim dan tanah di Malaysia kurang sesuai. Takpe lah. Saya masih sabar menunggu. Sekurang-kurang dapat dijadikan tempat berteduh.


Ali dan Abuni suka memanjat pokok ni sebab dahannya rendah. Kadang-kadang depa dok lepak je sambil menemani saya selesaikan urusan laundry dan masak memasak di dapur. Di bawah pohon ini juga bersemadinya pusara Minah. Sekali sekala Ali akan duduk melepak di sini sendirian. Mungkinkah ada perasaan antara mereka? Hmm....


PS: Patutla saya beriya-iya nak menanam pohon mangga. Rupa-rupanya nak dapat menantu yang suka makan buah mangga. Begitulah aturan Allah.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.