"Umi, Iman rasa nak kawen muda lah.." Haha.. anak dara saya punya cita-cita besar rupanya.
Sebenarnya dia tidak perlu risau sebab saya sentiasa bersedia mengahwinkannya bila-bila masa saja jodohnya tiba.
Siapa cakap kawen waktu sedang belajar mengganggu? Siapa cakap tak boleh kawen kalau belum habis belajar. Okay.. ayah saya pernah cakap.
"Selagi tak habis mengaji, hang jangan gatai-gatai nak pi menikah." Hamboih siap warning gitu. Tapi saya anak yang taat. Saya habiskan belajar dulu. Bila saya dah habis belajar dia pi sambung pulak, "Hang pi cari kerja dulu.." Laaa....macam la saya yang nak kena sara laki. Okay fine. Alhamdulillah saya berjaya dapat kerja dengan mudah. Dan lepas tu saya kawen. Alhamdulillah berkat ketaatan saya pada orang tua rumahtangga yang dibina mendapat keberkatan Allah hingga kini. Tapi saya telah melalui pengalaman berharga yang hanya dilalui oleh mereka yang dinafikan hak untuk berkawen muda. Ewah...
Sepatutnya, kahwin semasa belajar tidak menjadi masalah. Ni untuk pasangan yang dah tercintan-cintun dan ingin membawa pasangan mereka ke syurga la. Bukan untuk mereka yang masih single-mingle pastu tetiba gatai pi cari pasal pastu buat maksiat sesuka hati.
Pasangan yang berkawen muda sepatutnya akan lebih bersemangat untuk berjaya. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dah tak perlu nak rindu-rinduan secara haram. Lagi satu, kalau dah kawen ni mereka sepatutnya akan berasa lebih bertanggungjawab. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka perlu berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Sepatutnya lah kan. Mana saya tahu. Saya tak ada pengalaman. Tapi saya rasa saya tidak akan membangkang kalau anak-anak saya meminta izin untuk menikah dengan syarat mereka telah memenuhi syarat-syarat yang telah saya tetapkan.....hoho.
Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Tapi banyak perkara yang mereka perlu belajar sebelum bersedia memikul tanggungjawab dalam alam rumahtangga. Ya, kawen bukan untuk seronok2 saja tapi yang paling penting adalah memenuhi tanggungjawab yang datang dengan perkahwinan itu. Bak kata omputih 'everything comes with a cost'. Bukan kos belanja kawen tuh. Tapi kos-kos lain (mental, fizikal, spiritual) yang pasangan pengantin tak nampak, yang hanya terpaksa ditanggung oleh pasangan yang dah kawen je.
Nak kawen bukan setakat sanggup berkongsi katil, tapi segala benda yang wujud di bumi Allah ni wajib dikongsi. Paling seksa nak kongsi pendapat dan cita-cita. Dan bila berlaku konflik dua-dua pihak wajib bersedia menerima pendapat yang berbeza. Bukan ikut suka hati mak bapak dia aje. Bersetuju untuk tidak bersetuju serta berlapang dada memang sangat sukar untuk dipraktikkan even untuk pasangan yang dah lama kawen. Sangat perlu pada tahap kesabaran maksima. Kalau setakat tak dapat izin kawen pun dah nak mengamuk bagai, dah sanggup nak lari kawen kat Siam, jangan harap la dapat bersabar menempuh alam perkahwinan. Setakat yang saya tengok budak-budak muda ni seronok dok fikir pasal acara kenduri kawen tu je. Nak kenduri kat mana, tema warna apa, nak jemput sapa, baju pengantin macamana, goody bag nak isi apa.... Ish..ish kalau la ending kawen macam tu je tak perlu lah alim ulama susah payah berfikir macamana nak ajar manusia untuk kekal bahagia di alam rumahtangga.
Alhamdulillah
Ya ar-Rahman, Ya ar-Rahim
Apa-apa pun sekiranya perkahwinan itu diniatkan untuk membawa pasangan hingga ke syurga, sila lah berkawen segera. Tapi kalau setakat nak menghalalkan hubungan takut terbuat maksiat baik putuskan terus. Biar mereka belajar erti sebenar perhubungan suci itu sebelum pandai-pandai nak mengikat-ikat... Wallahualam.
Cikgu. Entri yang menarik.
ReplyDeletePersoalan ana,
Macam mana kita nak explain dekat mak ayah kita ye tentang benda ni??
Jujur. Saya dah jumpa orangnye.
Apa yg ana mampu buat ialah setiap hari dalam doa ana, ana titipkan agar dia yg terbaik untuk ana dan ana terbaik untuk dia. Dan ana minta agar Allah satukan kami.
Cumanya kalau nak tunggu habis belajar. Lambat cikgu.. -_-