"Macam mana kita nak explain dekat mak ayah kita ye tentang benda ni??
Jujur. Saya dah jumpa orangnye.
Apa yg ana mampu buat ialah setiap hari dalam doa ana, ana titipkan agar dia yg terbaik untuk ana dan ana terbaik untuk dia. Dan ana minta agar Allah satukan kami.
Cumanya kalau nak tunggu habis belajar. Lambat cikgu.. -_-"
Saya kurang pasti yang bertanya soalan ini teruna atau dara. Sebab jawapannya sangat bergantung kepada jantina penanya. Kalau anak dara saya yang minta izin memang cepat je saya izinkan provided saya berkenan dengan calonnya la. Ya, kena lepas screen test saya dulu. Cuma belum ada orang yang masuk meminang.....haha kesian!
Perhubungan ibu dan anak adalah sangat unik. Jangan samakan hubungan kita dengan ibu kita dengan kawan dan ibu mereka. Ada ibu2 yang sangat open minded. Sangat terbuka dan boleh bersembang apa saja dengan anak2 mereka. Ada ibu yang sangat serius dan hanya bercakap dengan anak bila perlu sahaja. Even hubungan ibu dengan setiap anaknya sendiri juga berbeza2. Apa yang penting adalah wujudkan hubungan yang terbuka dengan ibu kita dulu sebelum berbincang soal kawen. Kalau ibu dah bersikap terbuka ( macam saya..haha) Insyallah tiada masalah.
Tapi kalau ibu jenis serius, hoho jangan nak main-main. Jangan cuba sebut soal kawen sebelum habis belajar, believe me, saya dah ada pengalaman. Buat menambah tension tak pasal2. Buat lah apa yang patut untuk melepaskan diri dari berbuat dosa dalam chenta terlarang nih.
Tapi kalau NAAAK.... juga kawen, boleh cuba nasib. Untung2 murah rezeki, mana tahu kot2 ibu lembut hati tetiba....huhu.
1. Gunakan bahasa kiasan untuk memberitahu ibu bahawa kita sudah punya calon yang boleh dibuat suami. Tapi hati2 jangan sampai ibu sangka kita bercouple pulak. Couple ni banyak jenis, mostly tak ada yang halal pun. Tanggung la dosa..
2. Jika tak mampu untuk sampaikan sendiri, gunakan orang tengah dari kalangan keluarga. Kakak, abang, adik, nenek, sepupu, pakcik, makcik, sapa2 lah tapi bukan orang gaji atau bibik.
3. Perkenalkan calon suami secara beransur-ansur, ie melalui gambar kelas ke, gambar program ke, ziarah raya ramai2 ke. Lepas tu buat la olok2 tanya yang mana satu sesuai dengan anakanda wahai bonda yang cantik jelita. Atau pun buat2 la konon2 ada orang tu bagi hadiah sebab bonda masak sedap masa jamuan raya hari tu. Suruh la orang tu bagi ferero roche ke, coklat guylian ke, hamper ke. Ajar calon suami tu tackle ibu dulu. Utamakan ibu. Barula dia yakin calon suami tu boleh jaga anak dara dia. Jangan terus bawa calon suami jumpa ibu secara mendadak. Pengsan pulak orang tua tu.
4. Yang paling penting kita kena tunjukkan kita betul2 bersedia untuk berumah tangga. Mesti matang dan boleh memikul tanggungjawap menjaga keluarga. Tugas asasi di dapur mesti first class. Boleh menyediakan makanan (tak semestinya pandai masak, beli pun boleh...), kemas dapur, kemas sinki, kemas bilik, setel kain baju, tidur awal, bangun awal dan lain-lain.....TANPA DISURUH.
5.Ayah? Saya rasa ayah tiada masalah kalau ibu dah berkenan. Biasanya ibu la yang banyak songel ..(hihi terpaksa mengata diri sendiri). Kalau ibu okay, ayah menurut sahaja Insyallah.
Mudah2an ramai pasangan dibenarkan bernikah muda untuk mengelakkan maksiat yang semakin berleluasa. Wallahulam.
Salam cikgu Masniah. Cikgu apa khabar? hehe. Tiba tiba terimbau kenangan 1 Tabari dulu :D
ReplyDeleteErm, bila baca post cikgu yang ni dapat rasakan yang cikgu ni memang mak dan sahabat yang baik untuk anak anak cikgu kan?
Dan tertarik dengan pandangan berani cikgu untuk beri galakan kepada anak anak muda kahwin awal untuk nak elakkan keadaan parah yang berlaku sekarang. Tak semua orang dapat beri pandangan berani macam nii.
OH tapi yang komen dalam post cikgu sebelum ni, jujurnya bukan saya yee. Hehe. Tertanya jugak siapa dia yang SPM 2011 tuu~
Apapun, semoga Allah pelihara cikgu dan keluarga cikgu sentiasa. Ameen~ :)