Day 1: Sabtu 29th November 2025
Semalam kami keluar rumah naik Grab Car pada pukul 10:00 pagi dan tiba di KLIA2 pukul 11:15 pagi. Terus drop off luggage. Kemudian main-main dengan cucu no-5 sambil makan-makan di Tea Garden sebelum naik flight Air Asia dari KLIA2 pada pukul 2:50 petang ke Tokyo Haneda.
 |
| One with cucu no-5. |
 |
| Telur separuh masak dengan teh-O ais for makcik as always. |
Kami selamat tiba di Haneda Airport pada pukul 11:50 malam (waktu Tokyo) di sambut oleh anak-menantu no-5. Kami check-in hotel Villa Fontaine Grand untuk satu malam. Hubby booking satu bilik extra untuk anak menantu.
 |
| Selamat tiba di Haneda Airport. |
Kami pernah menginap di sini semasa datang ke Tokyo sebelum ini. Hotelnya agak selesa dan dah ada improvement. Beriya saya bawak charger dari Malaysia, rupa-rupanya hotel dah sediakan charger pelbagai kepala untuk caj henfon.
 |
| Charger pelbagai kepala... kita cucuk je yang mana perlu. |
Hari ini kami check-out pada pukul 10 pagi dan terus cari sarapan. Kami ke Tully’s Coffee Haneda Airport. Memang sukar mencari kedai halal so kita pilih yang paling kurang rasa was-was.
 |
| Menu air. |
 |
| Roti yang diyakini kehalalannya. |
 |
| Hot Chocolate for makcik. |
 |
| One for the memory... di hadapan Tully's Coffee. |
Usai sarapan kami naik Uber Taxi dari Haneda Airport terus ke Super Hotel Tozai Line, Ichikawa. Depa caj ¥14000 (RM375). Walau terasa agak mahal, terpaksalah ditanggung demi keselesaan. Kami tiba di hotel dalam pukul 12:00 tengahari. Oleh kerana kaunter check-in hanya akan dibuka pada pukul 3:00 petang, kami simpan beg di left luggage hotel dahulu.
Sementara menunggu waktu check-in kami berjalan kaki ke rumah anak-menantu yang terletak sejauh 7 minit perjalanan. Seronok melihat saki-baki bunga-bunga yang masih ada disepanjang perjalanan.
 |
| Macam tanglung. |
 |
| Macam bunga taik ayam. |
Oleh kerana belum makan tengahari, saya ambik peluang untuk masak. Kebetulan anak no-5 dah rindu makanan air tangan Ummi, ayuhlah kita main masak-masak di negara orang.
 |
| Hubby berbangga dapat bawak stok barang makanan untuk anak bongsunya. |
 |
| Sambal kerang (modified) dan telur mata goreng pedas for lunch. |
Usai masak dan makan lunch kami beransur ke hotel semula untuk check-in. Lobi hotel terletak di tingkat 6 dan kami dapat bilik di tingkat 7. Dalam bilik hotel, depa sediakan keperluan asas sahaja seperti selipar, tuala, ketel & cawan, sabun mandi dan shampu. Barang-barang lain seperti bantal extra, bahan minuman, sudu garpu, lotion dan sebagainya boleh ambik sendiri di lobi.
 |
| Self service… ambik sahaja barang-barang yang perlu. |
 |
| Sunset dari tingkap lobi hotel. |
 |
| Bilik double muat satu katil queen sized, lengkap dengan TV, free wifi, kerusi meja dan mini fridge. |
 |
| Ruang laluan hotel yang lengang. |
Lepas berehat dan tidur selama sejam, kami keluar semula ke rumah anak-menantu. Kebetulan menantu saya keluar ke Universiti untuk buat kerja, kami ambik peluang menemani anak bongsu sambil masak untuk makan malam pulak.
 |
| Sayur sawi untuk buat stir fry campur cendawan. |
 |
| Dinner is ready, saya buat rendang ayam dan sayur stir fry. |
 |
| Menonton Awani Live sementara menunggu makanan jatuh ke perut. |
Hampir pukul 10:00 malam kami berjalan kaki balik ke hotel semula untuk berehat. Tak pernah lagi saya dan hubby buang tebiat berjalan kaki malam-malam hatta di negara sendiri. Bila di Jepun tiada langsung rasa cuak untuk berjalan kaki malam-malam. Rasa sangat selamat. Alhamdulillah.
Done kehidupan hari pertama di Tokyo dengan perjalanan lebih 10 000 langkah. Semoga kekal sihat untuk hari-hari seterusnya. Aamiin. 🌹
Sekian. 😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.