Khamis, 18th September 2025
Hari ini hari ke-5 kami di UK. Cuaca di Sheffield sangat nyaman dan terang dengan suhu mencecah 20°C pada waktu tengahari. Sejak hari pertama di UK saya akan bangun awal pagi. Hari ini saya bangun pukul 4:00 pagi. Seronok pulak merekod keadaan di luar jendela hotel Travelodge ini sejak dinihari.
![]() |
Dari jendela bilik hotel @4:36 pagi. |
![]() |
@6:09 pagi. |
![]() |
@7:26 pagi. |
By pukul 7:30 pagi saya dan hubby turun untuk sarapan di kafe hotel. Seperti semalam, menunya tidak banyak berubah, so makanan yang saya ambil pun masih sama. Cuma hari ini saya tambah cereal dan buah-buahan.
Perancangan hari ini adalah untuk berpindah dari Hotel Travelodge ke hotel Premier Inn Arena. Hubby buat booking online dari Malaysia lagi untuk penginapan kami selama 4 malam di Sheffield. Kami stay dua malam di hotel Travelodge yang terletak di pusat bandar. Lagi dua malam kami akan tinggal di hotel Premier Inn Arena yang terletak berdekatan dengan pusat tempat anak no-2 bakal mengambil peperiksaan nanti.
Selesai sarapan kami hanya berehat di bilik hotel sementara menunggu waktu untuk check-out pada pukul 12 tengahari. Hubby order kereta Uber untuk perjalanan ke Sheffield Arena. Sewa £6 sebuah.
Waktu untuk check-in sepatutnya pada pukul 3:00 petang tapi depa bagi masuk awal dengan bayaran tambahan sebanyak £15 (RM85). Saya dan hubby dapat bilik di ground floor sementara anakanda di tingkat 1. Masuk sahaja dalam bilik hubby terus order makanan via Uber Food untuk lunch.
![]() |
Kebab roll yang sangat enak. |
Dalam pukul 5 petang kami keluar bersiar-siar dengan berjalan kaki sambil melawat kawasan tempat untuk anakanda exam esoknya. Depa buat dalam dewan sports centre Sheffield Hallam University at English Institute of Sports dan hanya walking distance sahaja dari hotel kami. Ini adalah salah satu pusat peperiksaan sedunia untuk pakar-pakar (Psychiatrist). Pusat yang lain setahu saya ialah di Dubai dan Singapore.
![]() |
Depan pintu masuk bangunan English Institute of Sports. |
Setelah puas hati dengan laluan/route ke dewan periksa (agar tidak sesat esok hari) kami berjalan mencari makanan malam pulak. Dari dewan Institute kami berjalan kaki melalui Utilita Arena Sheffield hingga ke kawasan kedai makan di Centertainment Valley. Di sini ada kedai Nandos halal.
![]() |
Depan Utilita Arena Sheffield. |
Anakanda teringin nak makan nasi so kita singgah kedai Nandos. First thing first haruslah kita cari signboard Halal dahulu. Depa paparkan di sebelah pintu masuk kedai. So bolehlah makan tanpa rasa was-was.
![]() |
Signboard Halal chicken di pintu masuk kedai. |
![]() |
Saya order ayam, coleslaw dan jagung bakar. |
Usai makan kami berjalan kaki balik hotel. Hubby order Uber Food (air mineral dan makanan) untuk kudapan malam nanti. Sementara menunggu Uber tiba kami duduk menunggu di perkarangan hotel sambil menikmati suasana petang dan menyedut udara nyaman. Sambil-sambil itu ayahnya memberi kata-kata (semangat) terakhir sebelum anakanda masuk ke dewan exam esok pagi.
![]() |
Muka nervous budak nak pereksa. |
Semoga esok memberi rezeki yang baik buat anakanda terchenta. Aamiin.🌹
{Cerita sebelum ini boleh baca di sini}.
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.