Thursday, 2 October 2025

Teman Hubby Meeting @ Hotel Sama-sama

Baru sahaja balik dari UK, hubby dah kena attend meeting selama dua malam di hotel Sama-sama, KLIA. Dan isteri mithaliah terchenta ini pun diajak meneman sekali. Maka ayuhlah kita bersama-sama menginap di Hotel Sama-sama. Hajatnya nak turun dari Ampang lepas solat Zohor supaya boleh tiba di hotel sebelum pukul 3:00 petang dan terus check-in. Tiba-tiba pulak cucu no-2 call nak suruh nenek jemput dari Tadika di Putrajaya. Maka terpaksalah nenek keluar lebih awal untuk tiba di Tadika dalam pukul 12:30 tengahari. Lepas tu angkut sekali cucu bawa pergi KLIA untuk makan tengahari.

Muka happy lepas nenek jemput dari Tadika.

Kami singgah di KLIA food court untuk makan tengahari sambil melayan cucu nan seketoi. Saya beli nasi putih bersama sesenduk lauk ayam kurma (depa potong ayam kecik-kecik), seekor ikan gelama kering dan tiga ekor udang. Total harga RM30. Terkejut makcik. Rupa-rupanya udang tu harga RM5 seekor. So total harga udang tiga ekor haluih-haluih tu ialah RM15. Kita pasrah sahaja… depa pun nak kena cover harga sewa kedai yang mahal. Mudah-mudahan kita digantikan dengan rezeki yang lebih baik selepas ini. 

Minat buah naga katanya.

Usai makan kami drop hubby di hotel untuk mesyuarat. Kemudian saya dan cucunda meneruskan perjalanan ke Nilai untuk melawat cucu no-5 pulak. Dah alang-alang nenek turun ke Sepang kita teruskan ke Nilai sambil isi masa senggang sementara hubby bermesyuarat. Sebelum ini saya belum pernah drive berdua dengan memana cucu. Rupa-rupanya seronok pulak bersembang berdua (nenek dan cucu) dalam kereta walaupun banyak benda yang tidak difahaminya. Saya tidak benarkan cucu bermain dengan handphone sebab saya terpaksa guna untuk tengok google map. Jadi hendak tidak hendak terpaksalah dia biasakan diri bersembang dengan nenek atau memandang keluar tingkap kereta. Baru dia perasan yang dunia ini sangat luas. Sebelum ini kalau naik kereta mummy daddy depa hanya bermain handphone. Tidak terasa masa berlalu, Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah cucu di Nilai dalam masa 30 minit. By pukul 5:00 petang anak sulong pulak datang ziarah dan menjemput cucu no-2 balik rumah.

Cucu no-5 dah masuk 6 bulan.

Lempeng homemade by anak no-4 dan isterinya.

Usai urusan di Nilai saya drive seorang diri balik ke hotel Sama-sama. Hubby dah habis meeting sesi petang dan dah masuk bilik di tingkat 5. Boleh tahan selesa biliknya. Kita pun turut menumpang nikmat yang ada.

Bilik yang luas.

Katil king size.

Oleh kerana saya belum dinner, saya cuma order room service sahaja. Hubby cadangkan untuk kami naik buggy cari makan di airport yang terletak di sebelah hotel ini. Tapi kesian pulak nanti hubby terpaksa kalut-kalut untuk group dinner dan mesyuarat sesi malam yang bakal bermula pukul 8:30 malam. Saya order pizza sahaja. Cukuplah buat makan malam dan simpan untuk breakfast esoknya. 

Fajitas El Como Chicken Pizza @RM48 excluding service tax.

Pandangan di luar jendela dari bilik di tingkat 5.

Esok paginya hubby cadangkan saya cari sarapan di airport. Dia tahu saya malas nak turun sarapan di hotel lebih-lebih lagi bila kena bercampur dengan geng-geng (colleague) sekerjanya. Tapi malas pulak saya nak bersesak dengan orang ramai di airport. So saya decide (dengan izin) untuk drive ke KIPMall Kota Warisan. Tak susah mana pun menurut Pakcik Google. Asalkan ada internet dan minyak kereta penuh, saya boleh sahaja ke mana-mana sambil me-time.

Nak dijadikan cerita, semasa saya nak exit parking hotel tiba-tiba meter menunjukkan caj parking sebanyak RM46. Terperanjat makcik. So saya reverse kereta dan masuk balik ke hotel untuk bertanya. Rupa-rupanya saya terlupa untuk endorse parking kereta di kaunter hotel. Sepatutnya kena inform nombor plat kereta dan nombor bilik hotel sebelum keluar. Depa akan bagi flat rate parking RM10 sehari untuk pelanggan hotel sahaja. Jika tidak, depa akan kenakan caj biasa RM5 untuk jam pertama dan RM3 sejam untuk jam seterusnya. Nak tak nak terpaksalah makcik bayar full RM46 untuk keluar. Apa nak dikata. Ayuhlah kita hiburkan hati jalan-jalan cari makan di KIPMall dan santai-santai window shopping sambil me-time.

Kipmall Kota Warisan.

Makcik duduk makan sorang-sorang pun takde hal.


Brunch nasi lemak dan ayam goreng. Alhamdulillah.

By tengahari saya balik semula ke hotel untuk berehat. Cukup seharian kita me-time. Lepas ni nak balik rumah sambung kerja-kerja rumah yang tak pernah habis. Semoga kita dikurniakan rasa syukur dan rasa cukup terhadap semua kurniaan Allah. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.