Monday, 4 August 2025

Kenduri di Hujung Minggu Back to Back

Pada hari Sabtu yang lepas saya dan hubby pergi kenduri sahabat Gojezes di Alam Impian, Shah Alam. Depa buat majlis di Grand Ballroom, LakePoint Club. Kami keluar dalam pukul 10:30 pagi dari Ampang dan tiba di dewan kenduri dalam pukul 11:30 pagi.  Alhamdulillah perjalanan sangat lancar walaupun banyak kereta di jalan raya. Teruja saya melihat hiasan dewan yang cantik dan suasana yang tenang. Kami dapat tempat duduk yang agak selesa kerana tetamu belum ramai. Dapatlah saya makan dengan tenang dan menikmati kuih dan bubur pulut hitam yang enak. Tahniah kepada sahabat saya menerima menantu sulong dalam keluarga. By pukul 12:30 tengahari kami beredar bagi memberi peluang kepada tetamu yang baru tiba.

Dengan mak dan ayah pengantin.

Benarlah kata orang, kenduri kahwin ini tempat berkumpul sahabat dan kawan-kawan lama. Tetiba pulak terserempak kawan sekelas hubby masa buat degree di London dulu. Kebetulan dia bekerja di tempat yang sama dengan sahabat Gojezes saya. Maka terjadilah jejak kasih di hadapan pintu masuk dewan. Depa dah nak balik, kami pulak baru sampai. So kita hai-hai bai-bai sahaja dulu. Lepas ni kalau ada rezeki bolehlah keluar mengopi dan update kehidupan.

Dengan kawan sekelas hubby (far left dan suaminya).

Insya Allah, semoga dapat bersua lagi.

Pada hari Ahad saya pergi kenduri lagi. Kali ini saya keluar seorang (dengan izin hubby) menemani sahabat saya memenuhi jemputan kenduri sahabat baiknya. Kiranya saya menjadi plus one pergi kenduri a friend of a friend sahaja. Depa buat kenduri di Dewan Sapura, Seri Kembangan. Alhamdulillah walaupun kami keluar rumah lepas Zohor sempat juga menjamu selera di hujung-hujung masa dan beramah mesra dengan beberapa kenalan common friends  yang tutur hadir.

Dengan mak dah ayah pengantin.

Teman kenduri.

Alhamdulillah cukuplah dulu memenuhi undangan yang wajib. Semoga kedua-dua pasangan mempelai berbahagia hingga ke akhirnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.