Sejak lama memang hubby sentiasa terapkan amalan membaca untuk saya dan anak-anak. Masa zaman anak-anak masih bersekolah kami selalu ke kedai buku dan hubby tidak lokek untuk berbelanja. Paling best bila ada Pesta buku (PBAKL), yang menjadi acara tahunan. Pilih sahaja mana-mana buku dan hubby akan bayar tanpa soal.
Hari ini saya dan hubby ke Pesta buka berdua sahaja. Tiada apa yang dikalutkan, kami keluar rumah awal pagi supaya dapat parking yang strategik dan lepak sarapan di kantin sementara menunggu kedai buku dibuka.
![]() |
Kita sarapan dulu. |
![]() |
Pembukaan di pentas utama. |
Kami sekadar melihat-lihat ambik aura. Tidak banyak pilihan buku yang menarik minat saya bila banyak bahan bacaan boleh diakses secara online.
![]() |
Antara catatan hubby. |
![]() |
Antara hasil buku hubby di reruai Ilham Book. |
![]() |
Hasil tangkapan hari ini. |
Saya jarang menetapkan bilangan buku yang harus dibaca untuk satu-satu masa. Namun setiap kali mengikut hubby ke kedai buku saya akan sambar sebiji dua buat bekalan. Hubby memang suka singgah kedai buku mencari bahan bacaan ilmiah. Saya pulak akan mencari bacaan ringan sahaja. Tujuan bacaan pun hanya untuk kill the time sementara mengikut, menemani dan menunggu hubby buat kerja di mana-mana. Daripada dok melangut atau mengadap handphone baik la makcik sambung membaca amalan mulia buku.
![]() |
Yang sedang di baca. |
So bila-bila ke kedai buku, kita beli sahaja mana-mana buku yang berkenan di hati. Bila nak baca? Itu cerita lain. Yang penting sentiasa ada buku buat peneman sepanjang jalan.
![]() |
Yang masih berbalut, menunggu giliran untuk dibaca. |
Sekali sekala saya jengok jugak bahan bacaan hubby. Sekadar jengok saja la, buat exercise mata. Nak sampai ke otak tu memang jauh bak bumi dari langit. Sekarang ni saya hanya inginkan bahan bacaan yang ringan-ringan sahaja menggantikan berat badan yang dah tak ringan lagi. Apa-apa pun semoga kita sentiasa dilapangkan Allah dengan aktiviti yang berfaedah. Amiin. 🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.