Wednesday, 9 October 2024

Kenduri @Plaza Alam Central & dinner @ Cyberjaya

Setiap kali pergi kenduri sahabat handai kita akan cipta momen-momen indah. Walau dah dua bulan berlalu tetap kita simpan buat kenangan. 

3hb Ogos 2024, kami menghadiri kenduri kawen anak kepada sahabat saya sejak dari sekolah menengah hingga melanjutkan pelajaran di luar negara. Depa buat di Dewan Majika, Plaza Alam Central, Shah Alam. Alhamdulillah ramai batch kami (Class of 1984) yang datang memeriahkan majlis. Rasanya satu dewan tu penuh dengan kawan-kawan MRSM KB (mak pengantin) dan MRSM KULIM (bapa pengantin). Dah macam sesi reunion pulak. Dan seperti biasa saya hanya bersembang dengan kawan-kawan yang duduk semeja dan meja sebelah-menyebelah sahaja. Yang lain-lain tu kita hanya hai-hai dan senyum dari jauh.

Doorgift, sebotol madu asli daripada tuan rumah.

Tuan rumah (mak pengantin) yang anggun.

Antara sahabat Gojezes dari MRSM KB’84.

Usai kenduri kami meneruskan perjalanan dengan rutin mingguan melawat cucu terchenta di Cyberjaya. Tak sah tanpa acara makan-makan maka kita singgah dinner di Restoran Arab, Cyberjaya sebelum singgah solat Maghrib di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Family photo (walau tak cukup quorum) adalah wajib.

Depan perkarangn masjid, one with cucu nan seketui.

Tak sedar seharian di jalanan, ayuhlah kita pulang. Kami tiba di rumah semula selepas pukul 10 malam. Bukan main lagi dua orang makcik pakcik pencen berjalan dari pagi hingga ke malam. Mudah-mudahan Allah kekalkan kesihatan hingga ke akhirnya. Amiin.🌹

Sekian cerita yang dah tersimpan lebih dua bulan.😊

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.