Dah beberapa kali saya berangan nak jalan-jalan naik MRT ke TRX Mall, KL. Anak-anak pulak dok promote kata seronok la apa semua.
“Jom lah Nina bawa Ummi…” Kebetulan hari Jumaat beberapa minggu yang lepas, puteri sulong saya ada program di sana maka kita plan molek-molek untuk outing, girls only dan heret sekali anak no-2 dari HKL mengambil peluang lunch hour hari Jumaat yang agak panjang.
Berkenan dengan hiasan dalaman tempat ni. |
Kami hanya duduk makan dan berborak di Restoran Two Sons sepanjang waktu lunch hour selama dua jam. Tak sempat nak pusing-pusing layan shopping mall dek banyaknya isu yang dibualkan. Sedar tak sedar anak no-1 dah nak kena balik opis dan yang no-2 nak kena balik oncall.
Atas tangga pun onz. |
Kemain makcik pekena steak RM180. Self treat, kata orang kampung saya. |
Dalam lif pun jadi. |
Ummi’s girls forever. |
Semoga ada peluang begini lagi. 🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.