Sejak beberapa bulan ini tekanan air di rumah ini seakan menurun. Air keluar pun macam malu-malu terutama di bilik air tingkat bawah. Untuk shower tiada masalah sebab menggunakan pam. Sinki pun masih okay. Yang jadi masalah besar adalah di bahagian pili. Walau saya sudah ‘keluarkan udara’ dalam paip air, aliran air masih perlahan. Akhirnya saya ambik keputusan untuk tukar sahaja kepala paip bertuah itu. Lagipun dah lama ianya mencurah bakti, sejak dari tahun 2019 lagi. Dan seperti biasa, makcik DIY sahaja.
Kita cabut paip lama dan biarkan air mengalir keluar dengan laju. |
Kepala paip lama. |
Siap. |
Mudah sahaja kerjanya. Yang penting ada kudrat dan upaya disamping kerajinan dan peralatan yang sesuai. Semoga Allah sentiasa mudahkan urusan kita. Aamiin. 🌹
{Cerita sebelum ini boleh baca di sini dan di sini}.
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.