Monday, 22 July 2024

Me-time: Mengemas & Massage

Bila mengemas rumah, saya suka buat sorang-sorang. Masa inilah saya punya real me-time. Saya akan enjoy buat kerja-kerja alih perabot, kemas wardrobe sambil sisih baju-baju yang sudah tidak digunakan, kemas kabinet, lap perabut, sapu sawang, lap kipas etc, etc.

Kebetulan baru-baru ini hubby outstation selama dua hari maka rumah ini saya yang punya. Maka bergumbira-rialah makcik menyusun alih segala perabut di hallway tingkat atas untuk dijadikan study area. Dah lama hubby dok sebut nak buat study area, so kita realisasikan impian nan satu itu dalam limit kudrat makcik pencen. Saya mulakan tugas sebaik sahaja hubby keluar rumah pada pukul 8.15 pagi. Kita sinsing lengan alih sofa, angkat kabinet, alih rak buku, vacuum karpet, sapu sampah dan mop lantai. Lepas tu susun semula segala perabot agar study area itu dapat berfungsi dengan baik.

Alhamdulillah semua kerja berjalan dengan lancar dalam my own sweet time. By pukul 6:00 petang saya dah boleh sambung kerja mengalih dan menyusun pasu-pasu di laman pula. Sempat cabut rumput dan siram pokok sebelum matahari menghilang dari langit.

Makan? Saya cuma masak nasi dan buat daging goreng kunyit campur brokoli, kacang buncis, cili merah dan bawang besar. Cukuplah buat makan tengahari dan makan malam seorang makcik. Sambil itu kita selang-seli dengan kudapan roti dan kekacang untuk tenaga sepanjang operasi. 

Esoknya, puteri sulong saya ajak keluar (dating) pergi lunch kemudian manjakan diri dengan urutan Thai di Ampang. Boleh tahan susah juga nak dapatkan parking. Dua tiga kali pusing area Ampang Point baru jumpa yang kosong. Kami singgah lunch di Nippon Sushi, Ampang.

Apa nama ntah.

Never ending.. borak-borak girls talk.

Gambar hiasan dalam kedai. Kita berangan depan gambar dulu.

Usai makan kami berjalan kaki ke HealthLand Family Wellness Centre, nak belanja ummi buat full body Thai massage katanya. Sebelum ini anakanda dah pernah belanja saya buat massage di spa biasa. Depa buat urutan Melayu, gosok-gosok manja sahaja selama tak sampai satu jam. Cukup la untuk relax. 

Namun kali ini sungguh berbeza. Dah macam nak cari gaduh. Tukang urut tu memang original orang Siam. Memang guna teknik urutan Siam asli, siap pakai siku, lutut, tapak kaki dan penumbuk. Memang badan rasa lunyai macam kena uli especially kat bahagian belakang. Paling sakit bila dia buat ala-ala circulation daripada tulang belakang, naik ke bahu, turun balik hingga ke bontot. Saya siap kira berapa kali circulation dia nak buat. Ada yang 5 kali dan ada yang 10 kali in one go. Dan semua itu dia buat berkali-kali. Tiap kali dia mula buat circulation itu, tiap kali juga saya akan kira, satu dua tiga... ya Allah cepat la siap. Selang beberapa ketika dia ulang balik proses buat circulation itu. Dia macam nak cungkil/tuil keluar sesuatu dari dalam tulang belakang dan bahu saya. Tapi paling best bila dia buat circulation pada bahagian belikat... sungguh melegakan sebab saya memang ada masalah sakit belikat. Bila dia tekan, korek dan tonyoh dengan siku memang sakit tapi sakit yang melegakan. Tapi jenuh jugak la nak mengadap ordeal selama dua jam itu.

Lega... after the ordeal.😁

Balik rumah baru saya sibuk cari info tentang Thai massage. Siap tengok youtube lagi. Sumpah, seram. Kalau saya tahu dari awal begitu gaya urutannya memang tak maunya makcik nak serah diri untuk diuli hingga lunyai. Namun, katanya Thai massage ni boleh reduce stress, increase blood circulation, improve muscle flexibility and ease back pain. Kalau buat full body massage, depa akan guna teknik deep tissue pressure, muscle and join stretching and gentle manipulation of the body. Patut la dia tonyoh, uli guna lutut, siku, penumbuk, kaki dan segala power yang dia ada. Rupa-rupanya nak dia cari sesuatu dalam urat saraf saya sampai ke deep tissue. Ada beberapa kawasan belakang saya agak sore tapi rasa lega bila mandi air panas. Tiada kesan merah atau lebam cuma rasa tidak selesa bila baring, so saya hanya mengiring ke kanan dan kiri sahaja semasa tidur. Hari kedua, masih terasa sakit kesan urutan tapi makin berkurang by malam. Mudah-mudahan kembali sihat dan tiada kesan sampingan yang tidak diingini. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik hingga akhirnya. Amiin.🌹

Sekian. 😊

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.