Dah lama saya menunggu pokok bunga harum sundal malam ini berbunga. Sejak dibeli dalam musim covid, pada bulan April 2020 dahulu, bermakna dah lebih 4 tahun pokok ini menghuni di halaman rindu laman saya ini. Selepas saya ‘bercuti’ dari menjenguk laman (suatu masa) dahulu saya hanya membiarkan pokok-pokok yang ada hidup sendiri tanpa siram dan baja selama lebih dua tahun. Rupa-rupanya ia masih kekal setia menunggu tuannya insaf dan memberi peluang kedua. Masa awal-awal penanamannya dulu saya menjaga dengan sepenuh jiwa hingga tumbuh segar walau tidak berbunga seperti yang diharapkan.
Dua pasu Harum Sundal Malam yang terbiar. |
Semalam saya buat pemasuan semula ke dalam pasu yang lebih besar supaya akar (bawang) nya mendapat ruang yang lebih luas untuk bernafas. Saya tak pasti berapa lama lagi saya harus menunggu untuk melihat pokok ini berbunga. Setakat ini saya tidak gusar, asalkan pokoknya tetap subur, kita tenang-tenang sahaja melihat kesegaran pokok di laman pada setiap pagi dan petang. Berbunga atau tidak, itu bukan dalam bidang kuasa kita.
Pasu 1. |
Pasu 2. |
Buat sementara waktu, kita nikmati bunga-bunga di pohon kucai yang sentiasa mengeluarkan bunga yang cantik. Walau tidak mengeluarkan bau yang harum tetaplah memberi terapi dalam menenangkan jiwa.
Bunga kucai yang cantik. |
Pokok kucai yang setia. |
Semoga kita dikurniakan ketenangan sehingga ke akhirnya. Amiin.🌹
{Cerita sebelum ini boleh baca di sini}.
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.