Monday, 10 June 2024

Ganti gutter bocor

Gutter depan rumah ni pun dah lama bocor. Dah alang-alang saya panggil orang repair bumbung bocor baru-baru ini, saya minta depa gantikan gutter baru untuk depan rumah ini sekali.

Pemasangan gutter sebelum ini agak lousy. Saya memang tak puas hati dengan kerja mereka. Masa buat pemasangan awal dahulu, depa pasang dua batang kayu dan sangkut gutter tu pada kayu tersebut. Bila asyik bocor, lama kelamaan kayu tu pun mula mereput. Satu daripada kayu tu dah tanggal dan jatuh ke lantai. Dan gutter itu makin bocor tidak mampu menahan air hujan. 

Untuk yang baru ini, saya minta depa tanggalkan semua yang lama dan gantikan dengan yang baru. Depa ganti dengan batang besi dan pateri terus ke besi awning sebelum gantung gutter sepanjang besi itu. Memang nampak lebih kukuh. Saya juga minta depa cat warna asal gutter daripada kelabu kepada warna coklat supaya senada dengan warna rumah.

Depa tanggalkan dan buang semua gutter lama.

Gutter baru sepanjang 20 kaki.

Depa ukur dan potong gutter mengikut spesifikasi.

Siap pasang.

Saya menunggu hujan selama dua hari bagi menguji kebocoran gutter baru ini. Bila hujan turun, memang sah gutter baru ini bocor juga. Saya ambik gambar dan tandakan pada bahagian yang bocor dan hantar gambar pada orang yang pasang gutter untuk tindakan. 

Saya tandakan kawasan yang bocor teruk.

Nampak kebocoran sepanjang gutter dengan jelas.

Alhamdulillah esoknya depa terus datang dan pateri semula dan letak silikon pada penyambung atap. 

Usai mereka buat kerja, saya menunggu hujan turun lagi bagi menguji hasil kerja mereka. Alhamdulillah, selepas menunggu hampir seminggu (macam musim kemarau pulak) hujan pun turun dan gutter tersebut sudah tidak bocor lagi. Mudah-mudahan gutter baru ini dapat bertahan lebih lama. Amiin.🌹

Jumlah kos RM900. (Kerja-kerja repair kebocoran FOC).

{Boleh baca cerita gutter sebelum ini di sini}.

Sekian.😊

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.