Setelah hampir tiga bulan dibiarkan (ditinggalkan) banyak pokok terutama yang dalam pasu yang nazak dan menjadi arwah. Paling menyedihkan ialah pokok Siti Zubaidah yang langsung tidak dapat diselamatkan. Dari galak berbunga masa ditinggalkan haritu, kini tinggal tunggul dan ranting kering sahaja. Sama juga halnya dengan pokok-pokok bunga ros. Semuanya kering dan mati. Apa nak dikata... setakat itu sahaja rezeki kita dapat bersama.😢
Setakat ini hanya pokok kategori heavy duty sahaja yang masih nyawa-nyawa ikan. Maka pada setiap hari yang damai saya pangkas dan buang semua ranting yang rosak dan simpan setakat mana yang boleh diselamatkan. Lepas tu saya buat pemasuan semula, tambah tanah, bubuh baja dan siram.
Pokok-pokok bunga tepi pagar pun banyak yang mati. Yang tinggal cuma beberapa pokok yang terselit di celah-celah rumput yang tinggi. Alhamdulillah, selain daripada pokok-pokok yang saya tanam direct atas tanah, pokok kemboja, jeliti dan bunga melur masih bertahan. Mungkin sebab mereka adalah pokok-pokok ‘senior’ yang dah besar dan akarnya dah masuk jauh ke dalam tanah dan dapat mencari air sendiri. Walau dalam keadaan tidak terjaga pokok bunga melur masih lagi mengeluarkan bunga yang sangat wangi. Saya petik dan letak dalam cawan bagi memberi bau harum dalam rumah.
|
Bunga melur. |
|
Pokok bunga raya selepas dipangkas, daun banyak yang dimakan ulat. |
|
Pokok dalam pasu selepas dipangkas. |
|
Kantan yang tetap galak berbunga dalam apa jua keadaan.
|
|
Pokok limau purut. |
|
Pokok putat. |
|
Pendatang haram yang banyak merosakan tanaman.😢 |
Alhamdulillah, selesai tugasan memangkas pokok-pokok di halaman rinduku. Lepas ni hanya perlu bubuh baja regularly dan buang rumput-rumput liar. Mudah-mudahan semuanya akan kembali segar semula. Amiin.🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.