Friday, 9 February 2024

Overnight @Hotel Thistle PD

Untuk kesekian kalinya saya menemani hubby ke Port Dickson lagi untuk program Koop Bank pulak. Sejak akhir-akhir ni banyak pulak meeting/program yang hubby kena attend. Sebelum ini pun ada jugak, tapi sebab depa buat secara online rentetan daripada PKP dahulu, jadi, tidaklah terasa sangat. Tapi sejak dah boleh buat program secara fizikal, macam acap-kali pulak hubby kena outstation. Sebagai isteri mithali kita mengikut saya sebagai teman sepanjang jalan kenangan. 

Dan pada hari Jumaat (26/1) yang mulia kami gerak dari rumah dalam pukul 11:45 pagi. Singgah lunch di R&R Nilai sebelum meneruskan perjalanan dan singgah lagi di Masjid Kem Segenting, Teluk Kemang untuk solat Jumaat. Saya duduk menunggu dalam kereta sahaja sambil mendengar khutbah yang jelas kedengaran dari speaker Masjid.

Masjid Kem Segenting.

Usai solat kami terus check-in di Hotel Thistle, Teluk Kemang dan hubby terus ke program hingga lewat petang. Sementara depa bermeeting saya duduk-duduk berehat di bilik dulu. Tiada apa yang dapat dilihat dari jendela bilik di tingkat 2 ini. Yang ada hanya dahan dan daun-daun pokok yang memberi suasana teduh dan segar.

Pemandangan dari balkoni bilik.

Suasana langit yang terang dengan dahan pokok meliuk-lintuk ditiup angin pantai.

Laluan ke bilik hotel.

By pukul 6:45 petang saya keluar ambik angin pantai sambil brisk-walking bagi mengeluarkan peluh dan menambah bilangan steps. Oleh kerana makcik jalan sorang-sorang maka kita cool and steady sahaja mencari port untuk me-time. Pengunjung agak ramai, cukup untuk kita join the crowd.

Barisan pokok kelapa yang menyejukkan pandangan.

Private beach untuk Hotel Thistle.

Seperti biasa bila ada peluang ke pantai saya akan duduk menunggu sunset. Kali ini Allah rezekikan port yang baik untuk saya menikmati keindahan fenomena alam yang satu ini.

Matahari dah mula turun.

Malangnya awan agak tebal semasa matahari hampir jatuh. So kita hanya dapat melihat pengakhiran cahaya matahari yang malu-malu sahaja. Bak kata anak nombor 3 saya dalam grup whatsapp famili bila saya share foto.

“Benarlah matahari dan bumi bergerak ikut edaran masing2…”

Sunset.

Lembayung senja.

By Maghrib hubby turun menemani isteri terchenta untuk saat-saat terakhir sebelum cahaya matahari hilang dari pandangan. Sempatlah berselpi sekeping dua sebelum decide nak cari dinner pulak.

Wefi wajib as always.

“Malas pulak nak keluar malam-malam. Mahal sikit pun takpelah… kita jimat masa dan tenaga.” Begitulah, kita menurut sahaja. Kami makan malam di cafe hotel (ala carte) sahaja walaupun plan asal nak cari ikan bakar di kawasan sekitar. 

Saya order smoked salmon baguette tapi ikannya agak hanyir dan mentah (pada tekak saya), so kita pass over untuk hubby habiskan. Saya cuma habiskan bahagian salad sahaja lepas tu sambung makan nasi goreng hubby. Sharing is caring katanya. Selesai aktiviti makan-makan untuk hari ini.

Smoked salmon baguette for her.

Nasi goreng kampung for him.

Rojak buah for extra.

Sharing is caring katanya, jom kita pakat-pakat habiskan.

Depa dah siap (prepare) untuk breakfast esok hari.

Esoknya, Sabtu (27/1) kami turun sarapan di cafe hotel sahaja sebab dah termasuk dalam caj bilik hotel. Saya cuma ambik nasi lemak untuk sarapan. Banyak jugak pilihan menu yang ada tapi kita kekangkan nafsu untuk kemaslahatan diri yang dah kembang melampau ini. Mudah-mudahan kesihatan diri ini dapat dijaga hingga ke akhirnya. Aamiin.

Usai sarapan saya duduk berehat di bilik sahaja sementara menunggu hubby selesai program seterusnya. Sambil itu boleh mengemas untuk check-out pada pukul 12 tengahari nanti. 

Sebenarnya saya dah pernah menginap di sini bersama anak cucu lebih 4 tahun yang lepas. Boleh baca cerita  sebelum ini di sini.

Sekian.😊

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.