Tuesday, 27 February 2024

60 Days In UK: Jalan-jalan Luton, Bedfordshire

Ahad, 18hb Februari 2024

Hari ini dah masuk hari ke-18 kami di London. Bila berada di perantauan, saya akan bersetuju dengan apa sahaja aktiviti silaturahim dengan rakan senegara. So, bila ada sahabat hubby mempelawa datang bertandang haruslah kita terima dengan tangan terbuka. Memandangkan depa berkerja dan hanya free pada hujung minggu, maka kita berjanji temu pada Ahad sahaja. Oleh kerana rumah mereka terletak di luar kawasan London  kami ambik keputusan untuk naik train. Dari rumah sewa kami di West Wood, kami ambik tube Victoria Line terus ke King’s Cross dan berjalan ke London St Pancras Station

Kita sarapan dulu.

Dari St Pancras Station kami ambik train Thames Link terus ke Luton Central. Perjalanan ke sana mengambil masa 35 minit sahaja. Kalau hari biasa harga tiket adalah £19 (RM120) seorang (pergi-balik) tapi pada hujung minggu depa ada  harga off-peak dengan bayaran £12.50 (RM75) sahaja. Ianya jenis open ticket, maksudnya kita boleh pergi dan balik bila-bila masa sahaja pada hari dan tarikh yang ditetapkan.

Train Thames Link.

Return ticket. Dari zaman saya anak dara hingga dah bercucu, itulah rupa tiketnya… tak berubah.

Cuaca mendung as always.

Tiba di sana kami dijemput oleh sahabat hubby dengan kereta. Merasalah makcik naik Jaguar di perantauan.😁

Untuk makan tengahari  depa hidang nasi dengan lauk-pauk yang pelbagai. Ada ikan kod masak lemak cili api, ikan mackeral bakar, ayam goreng pedas, sayur campur dan sambal bilis. Usai makan tengahari depa hidang minum petang pulak sambil sambung bersembang. Alhamdulillah, memang kami tak akan sempat merindui menu Malaysia bila dijamu begitu.πŸ₯°

Plaintain (pisang tanduk) goreng dan sagu gula melaka for dessert (minum petang).

Bersama tuan rumah suami isteri.

Katanya, lebih separuh dari penduduk kawasan Luton adalah non-white. Rata-rata kita pergi akan berjumpa dengan Asian, orang Pakistan atau Bangladesh dan lain-lain. Katanya juga, crime rate di sini pun agak tinggi. Alhamdulillah, sekatat ini sahabat kami ini tidak menghadapi apa-apa masalah sepanjang tinggal di sana. Apa-apa pun, semuanya bergantung kepada pembawaan diri masing-masing serta keyakinan bahawa Allah sentiasa bersama orang yang benar.

Penambahan bilangan non-white di Pekan Luton.😁Depan pintu masuk train station Luton.

Turun tangga di belakang tu adalah stesen bas dan pick up point untuk penumpang.

Dengan tuan rumah yang peramah dan baik hati.

Depan rumah mereka di Luton.

By pukul 4:00 petang kami dah gerak balik supaya dapat tiba di rumah sebelum gelap. Terima kasih kepada tuan rumah. Semoga ukhuwah berpanjangan. Aamiin.

Sekian.😊

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.