Monday, 1 January 2024

Azam Tahun Baru

"Beli bengkung pulak dah..." Geli hati gamaknya bila Ummi depa ni asyik share link Shopee minta orderkan barang. Memang sejak dulu, bila teringin nak beli apa-apa saya hanya browse through Shopee, lepas tu nasiblah sapa yang kena. Kalau rajin saya terus bank in atau QR je semua harga bayaran. Tapi biasanya depa kira belanja ummi je.😁

"Apa azam tahun baru Ummi?" Bila anakanda bertanya tentang azam, kita tambah satu lagi azam ke dalam list azam yang entah bila akan direalisasikam. Saya sentiasa ada azam pada setiap masa dan tidak tertakluk kepada awal tahun sahaja. Bila-bila rasa ada keperluan, saya akan membaharui azam. Yang pasti kita akan berusaha sebaik mungkin dan hasilnya kita serah kepada yang Maha Menentukan.

So tahun ini saya berazam untuk tambahkan exercise bagi mengurangkan ukur lilit pinggang yang sedang membesar dengan jayanya. Sebelum ini saya cuma dapat berjogging 2-3 kali seminggu bersama hubby. Memandangkan kesan yang kurang mantap terhadap berat badan (yang asyik naik tak pernah nak turun) maka kita mulakan langkah di atas treadmill pulak. Maka sempena tahun baru yang barokah ini kita bukak balik treadmill yang lama bersawang. Alhamdulillah masih berfungsi dengan baik walau dah lama tidak beroperasi. 

Abaikan permukaan yang berhabuk itu. Nanti ada masa kita lap cantik-cantik.

Cukuplah berlenggang kangkung selama 10 minit dengan jarak tak sampai setengah kilometer. Esok kita sambung lagi. Mudah-mudahan dapat istiqamah hingga ke puncak jaya. Moga Allah bantu.

Sekian.😊

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.