"Jom ngeteh..."
Jarang benar hubby ajak keluar ngeteh petang-petang. Dulu sebab sibuk kerja so tak ada masa nak keluar melepak petang-petang. Sekarang ni, bila dah tak ada commitment, anak-anak pun semua dah terbang, boleh la kita penuhi masa dengan melayan permintaan suami. Anytime ajak keluar makan... kita onz sahaja.
Nan cheese for makcik. |
Di kawasan perumahan ni banyak tempat makan yang menarik. Kali ini kita ke kedai mamak, Craven Cafe, Bukit Antarabangsa pekena ayam tandoori pasangkan dengan roti naan. Saya ambik naan cheese tapi portion dia agak besar. Saya hanya mampu habiskan separuh sahaja, selebihnya boleh bungkus bawak balik, sambung buat sarapan esoknya.
Tiada topik berat yang dibincangkan, hanya berkisar tentang kehidupan harian yang mula berubah sejak anak-anak dah tiada di sisi.
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.