Ahad, 22 Oktober 2023
Hari ini Mutawwif dah set masa untuk program ziarah ke Raudhah. Slot jemaah lelaki pada pukul 11 pagi manakala slot wanita pada pukul 10 malam nanti. Semua slot kami dah buat booking melalui apps Nusuk sejak dari Malaysia lagi.
Seawal jam 10 pagi hubby dah berkumpul dengan jemaah lain di lobi hotel. Depa gerak dalam kumpulan bersama Ustaz (Mutawwif) dan dapat masuk ke Raudhah dengan aman damai. Paling penting hubby dapat solat Zohor berjemaah dalam Raudhah. Jealous?... Haruslah saya jealous dan berharap(doa) supaya perjalanan ziarah saya malam nanti dipermudahkan juga.
Tenang dan damai dalam Raudhah. |
Sementara hubby pergi Raudhah saya duduk berehat di bilik hotel sahaja, niat untuk simpan tenaga untuk ke Raudhah malam nanti sambil mengikuti 'live' Tawaf dari Masjidil Haram di TV hotel. Setiap hari saya akan ambik peluang mengikuti live tawaf sebagai pemangkin semangat dalam diri.
Live dari Masjidil Haram. |
By pukul 9.00 malam hubby temankan saya turun ke lobi hotel untuk slot jemaah wanita pulak.
Khusyu’ mendengar taklimat. |
Usai taklimat daripada Mutawwif kami gerak dalam kumpulan bersama dua orang ustazah dari Indonesia. Seorang lead di hadapan dan seorang lagi control dari belakang. Awalnya kami beratur macam budak sekolah. Di pertengahan jalan semua orang mula berjalan dengan keluarga memasing. Memandangkan saya lone ranger, saya ambik kesempatan berjalan di sebelah ustazah. Alhamdulillah saya dapat mendengar penjelasan/huraian tentang Raudhah daripada ustazah dengan jelas.
Beratur ke Raudhah. |
Dah lama tidak merasa bergerak secara berdisiplin dalam kumpulan. So bila berjalan di sebelah Ustazah terasa macam back to school pulak. Seronok nak jadi murid yang baik dan berdisiplin. Kami berhenti di kawasan khas untuk memberi salam kepada Rasulullah dan berdoa mengikut bacaan doa ustazah. Boleh juga nak baca sendiri dari buku panduan doa atau baca je apa-apa doa sendiri. Mudah-mudahan Allah terima semua doa kita. Sambil tu boleh sampaikan salam yang dikirim oleh sahabat-sahabat dari Malaysia kepada Rasulullah. Nak sebut nama satu-satu pun boleh, nak buat secara pukal pun boleh.
Kemudian kami beratur lagi mengikut laluan yang ditetapkan sambil bersedia dengan apps Nusuk dalam hp masing-masing. Keadaan agak teratur sehingga kami masuk ke dalam masjid, masih dalam barisan dan bersolat tahiyatul masjid dalan barisan yang sama. Lepas tu tunggu giliran untuk masuk ke Raudhah.
Tetiba terasa nak mengira bilangan tiang dalam Raudhah. Ada banyak tiang sebenarnya tapi tiang yang penting ada enam batang. Di zaman Nabi, asalnya tiang itu daripada pelepah tamar sahaja. Over the time pihak berwajib dah upgrade hingga menjadi tiang marmar bersalut/hiasan emas. Dalam tu ada tiang Aisyah, tiang Taubat dan macam-macam lagi. (Boleh google je untuk info lanjut).
Last port untuk beratur menunggu giliran masuk. Raudhah terletak dalam kawasan berlampu itu. |
Kami tidak menunggu lama. Sebelum pukul 11 malam kami dapat masuk ke Raudhah. Namun suasananya sukar diceritakan. Semua orang berebut dan bertolak untuk solat dan berdoa. Alhamdulillah dengan menjadi 'murid' yang baik dan taat mendengar kata Ustazah saya dapat solat sunat taubat, hajat dan sujud syukur di sebelah ustazah. Walaupun tempat sangat sesak dan sempit dan orang melangkah ketika saya sedang rukuk dan sujud, kita bertabah sahaja demi mendapatkan barokah dan doa mustajab dalam Raudhah. Pesan ustazah, semasa dalam Raudhah jangan terlepas walau sesaat untuk berdoa apa sahaja kerana semuanya Allah dengar. Dimakbulkan atau tidak, itu bukan masalah kita. Allah yang berhak menentukan segalanya. Yang penting kita terus berdoa. Usai solat saya berdiri tepi tiang bagi menghindari asakan dan tolak-menolak oleh jemaah yang sangat ramai sementara menunggu kawan-kawan dalam kumpulan menyelesaikan urusan mereka.
Setiap orang diberi masa 10 minit sahaja untuk berada dalam Raudhah bagi memberi peluang kepada jemaah lain pulak.
Raudhah dalam bangunan berkubah hijau. |
Alhamdulillah semua urusan selesai sebelum pukul 12 malam. Keluar sahaja dari Raudhah terasa suasana yang agak tenang, mungkin sebab dah lewat malam. Yang ada cuma pekerja(cleaner) yang masih sibuk membersihkan karpet dan lantai perkarangan masjid. Saya ambik peluang berjalan sendirian balik ke hotel dalam ketenangan malam. Selepas 'keserabutan' dalam Raudhah tadi terasa sangat damai menikmati langit malam di bumi barokah ini. Saya singgah minum air zam-zam yang cooling daripada water filter sebelum menuju ke hotel sambil ambik gambar buat kenangan.
Hotel Movenpick dari kejauhan. |
Saya tiba di hotel sebelum pukul 12 malam untuk berehat bagi mengumpul tenaga untuk hari esok pula. Semoga Allah mudahkan.
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.