Sunday, 5 November 2023

Umrah 2023: Booking pakej Umrah, cucuk vaksin & VisaBio

Sejak pencen ni banyak perancangan yang hubby dah buat terutama aktiviti membawa isteri mithalinya ini jalan-jalan makan angin. Beberapa kali juga hubby dok berkira-kira nak mengunjungi tanah suci Mekah berdua-duaan, ala-ala berbulan madu gitu.

“Kita setel pergi umrah dululah. Rasa guilty pulak nak pergi holiday tapi umrah tak pergi…” Sungguh benarlah adanya. Makcik setuju belaka. 😁

Maka, setelah dikira, congak, tolak, tambah tabungan yang ada maka kami teruskan niat suci ini dengan TH Travel. Kami dah pernah buat umrah dengan TH Travel ni back in 2017. Setakat ini kami berpuas hati dengan servis mereka. So pada suatu hari yang damai kami terus ke bangunan Tabung Haji, KL.

Kami parking kereta di Basement 1, Hotel Perdana, KL. Lepas tu keluar berjalan kaki ke bangunan Tabung Haji. Tak jauh mana pun. Sambil tu, kita singgah mengopi dulu.


Usai mengopi baru dapat buat keputusan dengan tenang. Kami pilih pakej Nilam, sesuai untuk dua orang pencen yang dah mula sakit-sakit. Lepas dah buat booking dan bayar deposit RM1000 seorang, depa bagi masa untuk kita setelkan dokumen dan item yg perlu ada untuk apply Visa Umrah. Ada empat item penting yang diperlukan.

1. Passport yang belum tamat tempoh at least 6 bulan. 

2. Fotostat bukti vaksin covid-19 (daripada MySejahtera)

3. Bukti suntikan vaksin Meningitis.

4. Gambar passport background putih, 4 keping.

Kami ambik suntikan vaksin Meningitis di klinik berdekatan rumah sahaja. Awalnya nak ambik yang free daripada klinik kerajaan tapi bila call untuk buat temujanji line asyik decline memanjang. So kita pergi ke klinik berbayar sahaja. Lagipun servisnya sangat laju. Bayar RM191 seorang, tak sampai sejam, dah siap... all done.

Bukti dah ambik vaksin.

Seperti biasa, selepas cucuk vaksin, kita akan mengalami side effect. Tapi yang sederhana sahaja. Hari pertama saya cuma rasa sakit kat tempat cucuk diikuti rasa penat dan mengantuk. Mungkin sebab dah tua... dan manja... so boleh la buat alasan untuk tidur baring sepanjang hari.😁 By hari ketiga semua dah okay seperti sedia kala.

Kami juga mengambil suntikan vaksin Influenza dan Pneumococcal selang dua minggu selepas vaksin meningitis. Dah mencapai usia senja ini, kita cuma berikhtiar menjaga kesihatan sebaik mungkin agar hajat mengerjakan umrah dipermudahkan Allah. Kami ambik kedua-dua vaksin ini sekaligus di hospital Ampang Putri. Depa cucuk pada lengan kiri dan kanan. Seperti biasa saya mengalami side effect yang mild sahaja. Pada tengahari selepas cucuk saya mengalami sakit kepala tapi gagahi juga untuk masak dan buat kerja rumah. Biasa la, mak-mak memang selalu akan ignore apa sahaja sakit yang datang. By malam, badan rasa sangat letih dengan slight temperature. Saya telan pil Panadol dan minum Redoxon. Keesokkan harinya, tangan sebelah kanan saya mula sakit dan berat untuk diangkat. Apa-apa pun, masak-memasak dan kerja-kerja rumah tetap diteruskan. Alhamdulillah by hari ke-3 everything dah back to normal. 

Tepat sebulan sebelum tarikh penerbangan kami ke Tabung Haji semula untuk serahan semua dokumen yang diperlukan serta baki bayaran penuh untuk pakej yang dipilih.

Siap semua dokumen yang diperlukan.

Lepas tu kena buat Saudi Visa Bio secara online. Biasanya TH akan suruh jemaah buat sendiri. Kebetulan semasa kami berurusan di TH hari tu ofis agak lengang maka depa tolong buatkan untuk kami. Gamaknya depa kesian tengok makcik-pakcik ni macam tak pandai dengan gajet terkini. 

Mula-mula depa scan passport kita. Lepas tu ambik gambar muka dengan background putih. Depa guna dinding ofis je sebagai background. Lepas tu imbas cap ibu jari kiri diikuti dengan empat jari yang lain. Kemudian imbas cap ibu jari kanan pulak diikuti jari-jari yang lain. Kiranya semua cap jari tangan kena buat imbasan. Malang pulak setiap kali imbasan, apps tu payah nak capture cap jari saya.

"Biasa la kalau makcik-makcik, terutama yang dah berumur memang payah nak imbas/scan. Tangan dah lama guna buat kerja, cap jari pun dah haus…” Selamba je pakcik kat kaunter tu bagi komen. Tapi betul jugak tu. Mencapai umur separuh abad, setiap hari menguruskan rumahtangga, basuh kain, basuh pinggan, berkebun dan segala bagai, haruslah jari-jari tangan makcik dah haus.😊

Selepas beberapa kali mencuba akhirnya Allah bagi izin. Alhamdulillah. Sebenarnya boleh je suruh anakandaku yang nombor 4 tu buat di rumah. Cuma perlukan handphone dengan high resolusi camera. Tapi takpe rezeki ada di sini  so kita terima sahaja.

Saudi Visa Bio is done.

Sebaik selesai urusan imbas cap jari, maka selesailah urusan booking pakej umrah kami. Dalam pakej TH ni depa bagi complimentary beg tarik saiz M dan L serta beg sandang, buku panduan umrah dan sepasang kain ihram untuk lelaki dan telekung untuk makcik. Depa bagi beg awal-awal untuk memudahkan urusan memenuhkan bag nanti. Bolehlah kita merancang apa-apa yang perlu dibawa lebih awal.

Beg tarik dan lain-lain, dua set untuk saya dan hubby.

Seterusnya depa akan dapatkan visa dan create group wasap untuk semua peserta umrah dalam pakej yang sama untuk update apa-apa perbincangan sehinggalah tiba waktu untuk berlepas ke tanah suci. Sementara itu bolehlah kita pelan-pelan menyediakan diri dan jiwa serta kelengkapan yang perlu semasa di sana nanti.

Moga Allah mudahkan urusan semua.

Sekian.😊

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.