Saya tak pasti bagaimana rasa sebenar laksa Johor asli tapi itulah menu laksa yang paling saya suka selepas laksa Penang. Dan setiap kali makan laksa Johor rasanya sentiasa berbeza-beza. Pernah juga saya cuba masak di rumah tapi haruslah mengikut citarasa anak tekak sendiri. Yang penting sedap dan boleh dimakan berulang kali.
Baru-baru ini saya singgah sarapan di sebuah restoran di Taman Melawati. Depa memang ada sediakan menu laksa Johor buat makan pagi.
“Macamana laksa Johor kak? Okay?” Ramah pulak cashier tu bertanya masa saya nak buat bayaran.
“Sedap… tapi pedas sikit” sejujurnya itulah yang saya rasa, so saya makan separuh sahaja. Selebihnya kita serah untuk hubby habiskan. Alhamdulillah tiada pembaziran.
Laksa Johor RM12 semangkuk. |
Ada beberapa kedai lagi yang menjual laksa Johor di daerah ini. Lain kali kita cuba kat tempat lain pulak.
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.