“Jom beli tiket balik Kelantan…”
Untuk raya Aidil Adha tahun ini saya tidak bercadang untuk ke mana-mana. Tapi kebetulan dapat jemputan kenduri kawen anak sepupu maka hubby pun terus buat planning balik kampung sambil jalan-jalan cari makan. Bermula dengan sarapan membawa ke makan malam semua dah siap dalam perancangan sebelum kami gerak balik lagi. Semua pilihan tempat makan berkisar dalam bandar Kota Bharu sahaja. Walau banyak jugak kedai yang masih tutup dek cuti hari raya, kita berpada dengan apa yang ada.
Sabtu, 1 Julai 2023
Kami gerak dari rumah dalam pukul 8:00 pagi dan tiba di KLIA2 pukul 9:10 pagi untuk flight pukul 11:00 pagi ke Kota Bharu. Tiba sahaja di KLIA2 bermulalah detik “Ummi tak payah masak…”
|
Sarapan @ O'Briens KLIA2 |
Kami tiba di airport Pengkalan Chepa pada pukul 12.00 tengahari dan terus ke rumah sepupu hubby di Kg China untuk makan tengahari. Depa hidang nasi dagang tapi segan pulak saya nak ambik gambar beriya-iya. So kita nikmati hidangan sambil berborak sahaja. Kemudian kami check-in The Grand Renai Hotel dan berehat sebentar sebelum keluar untuk cari dinner pulak.
|
Dinner @ Nasi Lemak Kopi O, Jalan Yahya Petra, KB. |
|
Depa ada sediakan makanan bungkus untuk take away juga. |
Ahad, 2 Julai 2023
Kami turun untuk sarapan di hotel sahaja. Banyak juadah yang depa sediakan. So kita cuba sahaja memana menu yang berkenan di hati.
|
Kacang pool yang enak. |
|
Laksa Kelantan, kuah manis tapi sedikit hanyir. |
|
Yummy salad. |
|
Lunch @ Restoran Kubang Kerian. |
|
Ngopi @ Naskeen Coffee, Pasir Tumbuh. |
|
Dinner ike bekok @ D’Klasik White Coffee, Cherang, Kota Bharu. |
Isnin, 3 Julai 2023
Pepagi lagi kami dah keluar cari sarapan nasi kerabu di Lieniey Nasi Kerabu Tumis yang terletak di Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Bharu. Sebagaimana yang diviral, nasi kerabu kambing bakar memang sangat awesome, juicy dan manis. Tambah pulak ngan air teh beng...fuh memang boleh potong kaki.
|
Sarapan@ Lieniey Nasi Kerabu Tumis. |
|
Teh beng. |
|
Lunch kenduri kawen @ Wakaf Bharu. |
|
Sup shark fin, homemade by sepupu hubby. |
By petang kami lajak ke jajahan daerah Bachok mencari kopi viral anak-anak muda di kafe Hattori Coffee. Depa bukak dari pukul 4 petang hingga pukul 11 malam sahaja. So usai makan kenduri disebelah tengahari kami balik berehat di hotel dahulu. By pukul 4 petang baru kami gerak ke sana mengambil kira keadaan jalan jam yang bermula pada pukul 5 petang. Kami tiba di sana dalam pukul 4.30 petang. Pengunjung masih belum ramai so kami dapat tempat yang agak strategik untuk melihat keindahan alam.
|
Gajet yang berbunyi bila pesanan makanan dah siap for pick-up. |
|
Keropok lekor RM7 sebekas. |
|
Toffeenut Latte with cream @ Hattori Coffee. |
Lepas mengopi kita ambik angin tepi pantai sambil berangan indahnya hidup tanpa commitment persis laut lepas.
|
Bersama angin bayu petang... |
Lepas dah isi minda dengan berangan saya dah penat nak isi perut lagi. Kami tidak bercadang untuk keluar dinner di mana-mana so kami cuma singgah beli maggi cup dan lain-lain makanan ringan sahaja buat stand-by in case lapar malam-malam.
|
Dinner maggi cup sahaja. |
Selasa, 4 Julai 2023
Masuk hari keempat, Hubby dah penat (baca:muak) nak makan sarapan di hotel so pepagi lagi kami dah keluar cari makanan dan balik makan di hotel. Hubby beli nasi berlauk sementara saya went for nasi lemak sambal tumis ikan bilis dan kerang tapi malangnya tidak menepati selera. Saya hanya dapat habiskan satu perempat bahagian sahaja. Selainnya saya serahkan kepada tong sampah. Usai makan, kami terus check-out dari hotel. Flight balik KL dijadualkan pada pukul 12.30 tengahari tapi delay pulak. Apa lagi… kita sambung makan di airport pulak sambil isi masa menunggu flight delay. By the time tiba KLIA2 kami lapar semula. So kita makan lagi.
|
Early lunch @ Airport Kota Bharu. |
|
Late lunch @ Food Arcade, KLIA2. |
|
Jom balik rumah. |
Begitulah cerita jalan-jalan cari makan kami. Tak sabar nak back to normal, makan ala kadar semula. Tak tahulah dah berapa juta kalori yang dah masuk dalam perut saya selama empat hari berada di bumi Serambi Mekah ini. Ditambah lagi dengan minuman paling manis. Sungguh seram bila memikirkan entah bila semua itu nak flush out. Mudah-mudahan semua kalori/kolestrol jahat yang bawak penyakit tu sudi berpisah dari jasad tanpa membawa sekali kesihatan saya.😌
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.