Hari ini hubby cuti dan kami hanya ingin bermalas-malas di rumah.
"Jom KL East... rasa nak makan cucur udang Chef Wan..." Dah agak dah, takde maknanya nak duduk rumah diam-diam. Ada sahaja hala tuju nak bawa isteri terchentanya teman jalan-jalan cari makan. Sejak tinggal berdua ni jarang hubby demand nak suruh masak beriya. Saya hanya masak menu simple dan basic untuk sarapan, lunch dan dinner sahaja. Yang lain-lain tu kita cari kat luar.
By pukul 12:30pm kami dah bersedia untuk keluar dan tiba di sana dalam pukul 1:00 tengahari. Selepas menunggu lebih 40 minit baru makanan yang kami order sampai. Kita rileks-rileks sahaja bersangka baik mungkin lambat sebab peak hours. Lagi pun kami tidak kalut nak ke mana-mana so kita duduk sahaja menunggu sambil borak.😄
Air Lemongrass+ginger share 2 orang. Air nampak ceroi sebab isinya belum kembang. RM20. |
Cucur udang sebesar alam. RM36. |
Ada 3 ketul cucur biasa di bawah cucur saiz giant tadi plus nenas dan timun sebagai hiasan. |
Nasi basmati (berempah) dengan seketul ikan jenahak bakar, kuah extra plus ulaman dan keropok Ganu, RM62. |
Semua menu harga kayangan... tapi portionnya sangat besar, full of flavour dan banyak. Jenuh nak menghabiskan. Mujur kami kami cuma order satu nasi dan satu cucur sahaja, itu pun terpaksa makan slow slow agar tidak membazir. Masa ni lah teringatkan anak-anak... kalau depa ada bersama, boleh tolong perabih makanan Ummi. 😌
Usai makan kita jalan-jalan pusing Mall. Oleh kerana hari ini hubby tak kalut nak masuk ofis, kita lepak-lepak kat kedai buku sebelum masuk Jaya Grocer beli barang dapur.
Kedai buku Book Excess. |
Cherita di Sini, small cafe dalam Book Excess, sepatutnya boleh lepak minum-minum kat sini tapi tutup pulak. |
"Dah pencen betul-betul nanti... macam ni lah rutin kita..." Begitulah skrip biasa hubby bila kami keluar bersama. Semoga tercapai cita. Aamiin.🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.