Tuesday, 28 February 2023

Jalan-jalan Ipoh: Pusing-pusing dalam bandar dan lorong

Saya tak pasti bila last saya datang ke Ipoh. Macam tak pernah ada dalam memori tentang keberadaan saya di sini. Jadi, bila anakanda nak bawak Ummi tengok tempat-tempat para hipster melepak, moh ler kita mengikut sahaja pilihan orang muda. Dah alang-alang ayahnya tidak turut serta maka Ummi pun just follow the flow dan perasan kembali muda. 

First thing first haruslah depa bawa ke Concubine Lane, lorong paling viral di Ipoh. Katanya lorong ni paling meriah untuk melepak dan bergambar sesuai untuk orang muda dan berjiwa muda. Banyak juga gerai yang menjual makanan dan barang-barang hipster tapi tak berapa kena dengan jiwa makcik. So kita jalan-jalan tengok sahaja. 


Concubine Lane, aduhai... nak menyebut nama jalan pun segan.

Dinding yang unik... rasanya lebih unik kalau tingkap tu terbuka. 


Gerai kopi Panglima... saya sekadar lalu dan lihat sahaja.


Sejarah lorong ini.


Dah puas meninjau kawasan lorong kita jalan-jalan ke kawasan bandar pulak. Masih lagi dalam mood melihat bangunan yang unik dan cantik, kami ke stesen keretapi Ipoh. Selainnya kami hanya lalu dan mengintai dari dalam kereta sahaja.

Ambik gambar signboard sahaja, di bawah awan yang mendung.😁


Dewan Bandaraya Ipoh.

Stesen keretapi Ipoh.


Dah penat berjalan, kita beli pizza buat bekal balik hotel. Kami check-in di Hotel Riverfront, ambik dua bilik asing. Satu untuk saya dan anakanda puteri, satu lagi untuk pengantin baru.

Miker's pizza.

Kami stay satu malam sahaja. Cukup buat berehat untuk urusan seterusnya.

Sekian.😊

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.