Usai urusan kerja anakanda putri pada hari Selasa 14hb Februari 2023, kami terus gi cari makan. Hajat nak makan laksa sarang tapi kedai terdekat hanya dibuka pada pukul 3:00 petang. Memandangkan anakanda belum makan sejak pagi so kita pusing cari kedai yang dah sedia dibuka. Haruslah kita bertanya Mr Google, dan top answer adalah kedai Laksa Saranghae Ipoh, yang terletak di Laluan Jelapang Selatan, Taman Keledang Jaya. Jaraknya dalam 30 minutes drive dari tempat kami berada.
"Jom kita cuba..."
Kedainya simple sahaja ala-ala kedai hipster. Hiasan dalamannya cantik, sesuai untuk mereka yang suka bergambar. Servis pun laju. Banyak menu yang disediakan tapi kami semua ambik laksa dengan telur sarang. (Telur tu depa goreng garing membentuk rupa sarang burung).
Van hantaran gamaknya. |
Laksa sarang dan coconut shake for me.😋 |
Masing-masing dengan semangkuk laksa dan segelas air minuman. |
Cantik pulak poster dinding ni. |
Saya dah lupa harga semangkuk laksa tu tapi total kos untuk empat orang makan adalah RM54. Masih mampu lagi.👍
Rasa:⭐⭐⭐
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.