Sejak lama hubby nak buat kenduri kawen anak di dewan IKIM. Kami dah buat booking, siap bayar deposit untuk majlis anak lelaki sulong pada tahun 2019. Tapi dek kerana Covid-19 yang melanda dunia maka semua majlis terpaksa dibatalkan. Depa tutup dewan hingga hujung tahun 2022. Alhamdulillah semua duit deposit depa pulangkan balik dan anakanda selamat 'nikah PKP' dan kini sedang menunggu cahaya mata sulong.
Untuk anak bujang kedua, hubby masih tak putus harapan. Bila IKIM bukak tempahan dewan terus sahaja kami buat booking, menjadi client pertama buat majlis selepas Covid-19 berakhir. Kami booking dewan untuk slot 1hb Januari 2023 dan siap bayar deposit 3 bulan sebelum majlis.
21hb Disember 2022
Sepuluh hari sebelum majlis kami buat final meeting dengan pihak IKIM dan pihak caterer. Masa ni kami finalise plan susun atur dalam dewan dan juga perjalanan majlis.
|
Teh tarik dulu sementara menunggu dewan dibuka. |
Kawasan persekitarannya memang cantik. Suasana yang cerah dan terang menambahkan lagi keindahan rekabentuk keseluruhan bangunan IKIM. Mudah-mudahan cuaca akan kekal cerah pada hari kejadian nanti.
Jumaat, 30hb Disember 2022.
Semua kerja-kerja persiapan dewan dibuat pada hari Jumaat. So pepagi lagi kami dah ke sana. Alhamdulillah semua staf sangat professional dan laju je depa buat kerja. By petang semua dah setel.
|
Meja kat luar dewan. |
|
Bunting and welcome board |
|
Pelamin in the making. |
|
Meja kerusi... siap |
|
Meja makan beradap... in the making. |
|
Meja makan beradap... siap. |
|
Meja kek... siap |
|
Praktis jadi flower girls kononnya. |
Usai melawat kawasan kita sambung kerja-kerja buat bunga telur pulak. Mula-mula cuak jugak takut telur kehabisan stok almaklumlah sekarang ni musim telur hilang dari pasaran. Alhamdulillah masih ada rezeki rupanya. Kami beli telur dari AEON Setiawangsa. Cukup dua papan sahaja. Saya rebus semua (60 biji) walau hanya nak guna 50 biji. Selebihnya saya buat telur masak merah bercili buat makan keluarga.
|
Telur rebus, api sederhana sahaja takut telur pecah. |
|
Bunga telur... siap. |
Sekian. Kita tunggu majlis yang akan berlangsung pada hari Ahad di tahun baru 2023. 😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.