Friday, 13 January 2023

Lunchdate @ Restoran Mak Engku

Kali ini kami ke Restoran Mak Engku di Taman Cheras Indah. Sebenarnya dah beberapa kali hubby teringin nak singgah sini bila setiap kali lalu masa balik dari tempat kerja. Tapi katanya hanya mampu tengok-tengok dari jauh sahaja. Maka sebagai isteri mithali hari ini kita tunaikan hajat untuk makan berdua-duaan. 😊

Parking agak sukar walaupun kami tiba sebelum pukul 1 tengahari. Entahlah... gamaknya sebab namanya Ampang, memana tempat pun susah dapat parking. Tapi kita tak putus asa, cuba hingga jaya. Alhamdulillah setelah dua tiga kali pusing akhirnya ada rezeki dapat ruang parkir berkat kesabaran yang tinggi.

Labu masak lemak dengan ikan kering... yummy.🥰

Pilihan ulam dan sambal.

Kerang segar.

Ada banyak pilihan menu di sini. Nasi campur pelbagai lauk. Tapi segan pulak makcik nak ambik gambar banyak-banyak. Yang penting saya dapat makan nasi berlaukkan labu masak lemak dan ikan kering goreng... best ever menu. Teringat masakan nenek kat kampung masa kecik dulu. Hingga kini saya tak pernah jumpa masak lemak labu sesedap air tangan nenek. Pokok labu tanam sendiri, santan kelapa pun kukur dan perah sendiri. Memang betul-betul dari air tangan. Moga Allah mencucuri rahmat buat al-marhumah nenek saya.😢

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.