Tuesday, 10 January 2023

Kenduri penutup tahun 2022

Seperti selalu saya memang seronok kalau dapat memenuhi jemputan kenduri kawen. Paling best kalau dapat bersua dengan sahabat handai yang telah lama tidak bersua.

Sabtu 11hb Disember 2022

Saya dapat jemputan kenduri dari sahabat seperjuangan semasa di UK dulu. Depa buat di Wisma Sejarah, KL. Kebetulan hubby tak dapat hadir sebab ada meeting online maka saya pergi dengan kawan-kawan naik satu kereta. Such a blessing jugak bila memasing datang sendiri tanpa pasangan… bolehlah kita lepak lama sikit. Sempatlah update kehidupan setelah lama tidak berjumpa. Yang penting pastikan makanan tengahari telah tersedia untuk sidia yang ditinggalkan di rumah.



Ex-London.

Ahad 25hb Disember 2022  

Another jemputan selepas 2 minggu. Hari ini kami dapat dua jemputan pada hari yang sama. Yang pertama, daripada besan saya sempena pernikahan anak keempat mereka. Depa buat di Rinching Terrace, Semenyih. Tempatnya cantik lengkap dengan dewan nikah ditingkat bawah dan dewan kenduri di tingkat atas. Oleh kerana kenduri besan, kita buat macam rumah sendiri, ulang-ulang ambik makanan dan duduk-duduk bersembang macam keluarga sendiri.

Dengan pengantin yang cantik menawan.

Kita angkut kuih-muih penuh pinggan.

Lanskap yang cantik.

Berkenan dengan pokok bunga keembung ni.

Usai kenduri di Semenyih kami gerak ke Shah Alam bagi memenuhi undangan kenalan hubby sempena perkahwinan anak sulong mereka. Tuan rumah adalah bekas student hubby semasa di UIA dulu, kini dah boleh duduk sebaris sebagai pensyarah. Depa buat di dewan Iris, IDCC. Kami tidak berlama-lama di sini bagi mengelakkan jalan jam nak balik Ampang. Lagipun masa kami sampai, orang dah nak tutup majlis. Sebagai tetamu hujung kita rileks-rileks sahaja jumpa tuan rumah sebagai tanda memenuhi undangan.😊

Bersama tuan rumah, di Dewan Iris IDCC.

Sekian cerita makan kenduri sebagai penutup tahun 2022. Semoga tidak mengganggu azam nak diet untuk tahun depan. 🤣

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.