Thursday, 12 January 2023

Kenduri pembuka tirai tahun 2023

Sabtu 7hb Januari 2023

Pepagi lagi saya dah keluar jogging dengan hubby di Taman Tasik Ampang. Balik singgah beli nasi berlauk Air Dingin untuk makan sekeluarga. Kebetulan semua anak menantu balik nak sambut birthday Ummi maka kita layankan saja depa nak buat surprise.

Cerita birthday di sini.

Usai urusan seprais menyeprais kami ke Rawang bagi memenuhi undangan kenduri kawen anak sahabat lama. Depa buat di Dewan Udaimatunnur, Bukit Beruntung,  Rawang. Kami tiba masa peak hours, tetamu agak sesak, maka kami duduk makan sekejap sahaja untuk bagi laluan kepada tetamu lain pulak. Asalnya nak bereunion dengan sahabat lama tapi kesian pulak tetamu lain menunggu giliran tempat duduk. So kita make sure dapat bergambar kenangan dengan tuan rumah sahaja. Lain kali kita usahakan untuk berjumpa dengan kawan-kawan lain pula.

Dengan tuan rumah, sahabat ex-London dahulu.

Ahad 8hb Januari 2023

Hari ini kami dapat Jemputan di Glenmarie, Shah Alam. Depa buat di Dewan Kamalinda, Utropolis Marketplace. Mudah saja nak sampai ke sini menggunakan google map. Cuma agak confuse nak cari parking. Rupa-rupanya ada basement parking yang banyak dan tanda arah yang jelas untuk ke dewan kenduri. Kami naik lif ke level UG. Keluar sahaja lif dah ada orang tunggu untuk bagi arahan ke dewan kenduri. Depa ada lima dewan sederet dan ada lima majlis selari pada satu masa. Jadi kena pastikan kita siap sedia dengan detail majlis dan masuk ke dewan yang betul. Alhamdulillah saya dah siap sedia dengan screenshot detail majlis. Yang paling penting kena tahu nama pengantin. Walau kita hanya kenal mak-ayahnya, kena tahu jugak siapa nama anak mereka. Takut tak memasal tersalah masuk dewan orang lain.

Screenshot kad jemputan.

Dewan Fairy-fairy yang dihias indah.


Tuan rumah berbaju biru cair dan rakan sekerja hubby berbaju pink.

Sekian cerita kenduri kali ini.😊

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.