Wednesday, 26 October 2022

Cuti Deepavali & kenduri @ Bukit Mahkota & long weekend.

Cuti Deepavali tahun ini jatuh pada hari Isnin…another long weekend. So kita nikmati cuti long weekend dengan macam-macam perancangan yang telah disusun. Paling penting haruslah pergi kenduri kawen. Sejak dah kurang cerita tentang covid-19 ni rata-rata bakal pengantin akan grab long weekend untuk buat kenduri kahwin. 

Hari Sabtu kita khaskan untuk kenduri kawen. So bila ada sahabat guru buat majlis haruslah kita ramai- ramai ambik peluang berjumpa rakan taulan yang sekian lama tidak bersua. Depa buat kenduri di Dewan Kominiti Bandar Bukit Mahkota bagi meraikan pernikahan puteri bongsu yang juga bekas murid sekolah kami maka ramailah guru lama/pencen yang turut hadir. Dah jadi macam mini reunion guru-guru pencen pulak.😄

Sahabat setia geng kenduri.😍




Bersama pengantin baru.

Bersama mak pengantin yang sentiasa awet muda. 

Tetiba jumpa besan tanpa sengaja.

Doorgift yang comel.

Butter cake.

Hari Ahad, kita penuhi aktiviti melayan cucu pulak. Sebelah pagi depa ramai-ramai datang rumah untuk sarapan dan makan tengahari. Lepas Asar kami keluar bersiar-siar ambik angin petang. Kali ini hubby ajak bersiar di Taman Tasik Cyberjaya. Depa ada playground yang agak luas, servis sewa basikal dan kereta untuk budak-budak serta tasik yang cantik. Memandangkan kami kesuntukan masa, terpaksalah kita bajet-bajet sahaja dengan apa yang ada. Kami cuma sempat layan cucu naik slides dan naik kereta sewa RM45 untuk 20 minit.

Nenek yang lebih excited.

Bagi semangat cucu naik slide pusing-pusing.


Kenalkan labi-labi pada cucu.

Tasik yang penuh dengan kiambang.

Hari Isnin kita layan diri sendiri pulak. Pepagi lagi saya dah buat nasi lemak untuk sarapan. Kebetulan hubby nak jalan-jalan kat Putrajaya kita tapau untuk anak-cucu sekali. Tengahari, kita lunch nasi campur ngan  ikan bakar kat Restoran Ore Kampung, Ayer8.

Seperiuk nasi lemak untuk seisi rumah.

Pari bakar, RM15.

Konon diet… kita ratah lauk sahaja.

Berkenan pulak tengok pokok ni kat tempat parking kereta depan restoran Ore Kampung.

Sekian cerita cuti hujung minggu kali ini.

PS: Sejak dah takde anak-anak yang bersekolah saya pun tak perasaan yang cikgu-cikgi dapat cuti tambahan hingga hari Rabu.😄

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.