“Ummi tido hotel lagi..? Komen biasa anakanda terchenta bila ummi depa sibuk packing barang. Dan seperti biasa saya akan pick-up hubby kat tempat kerja dan terus drive ke destinasi. Kali ini hubby ada program dengan USIM di Hotel Sama-sama KLIA.
Kami tiba di sana agak lewat sebab hubby habis meeting pun lewat plus dengan traffic jam petang Jumaat. Alhamdulillah ada je bilik kosong. Depa bagi bilik King size di tingkat 4. Kami tak ambik pakej sarapan sebab dah plan nak sarapan di Putrajaya.
|
Katil luas dan selesa |
Sementara menunggu program hubby bermula pukul 8:30 malam kami order room service dulu. Walaupun depa ada dinner tapi saya tak termasuk dalam program USIM itu. Program tu hanya untuk staf dan ex-staf sahaja. Oleh kerana kita hanya peneman sepanjang jalan, pepandailah membawak diri sendiri.😁
|
Pakai troli beriya. |
|
Mee goreng mamak |
|
Pizza... perasa chicken masala.
|
Esoknya pepagi lagi kami dah check-out. Lepas tu isi minyak kereta dan terus gerak ke Putrajaya untuk sarapan dengan anak menantu dan besan yang datang dari Kota Bharu. Depa ada kerja di sini so kita ambik peluang berjumpa sebelum depa balik ke Kelantan semula. Kami sarapan di Umai Cafe, Tasik Putrajaya. Usai sarapan kita pusing tasik ambik vitamin D pagi-pagi.
|
Kaki posing… orang lain semua asyik berborak tak sempat nak bergambar. |
|
Tepi tasik berhadapan Umai Cafe.
|
|
Macam nak nyanyi lagu Negaraku pulak. |
|
Seronok tengok langit cerah menawan dengan background Masjid Besi Putrajaya. |
Kami tidak berlama-lama di sana sebab hubby kena rushing untuk program KUPTM disebelah petangnya. Alhamdulillah jalan tak jam. Kami selamat tiba di rumah semula by pukul 12 tengahari. Sempatlah hubby berehat sebentar sebelum sambung kerja pada pukul 4:30 petang.
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.