Tuesday, 20 September 2022

Upgrade belakang dapur: Ganti bumbung.

Bila siap tembok, baru depa mulakan kerja-kerja bumbung pulak. Depa minta 3 hari untuk siapkan kerja.

(Cerita pasang tembok boleh baca di sini.)

Hari pertama (Isnin) depa datang untuk buka dan turunkan bumbung lama. Bumbung yang lama tu saya pasang masa awal-awal pindah rumah dulu. Dah lebih 10 tahun usianya dan dah mula bocor di sana sini.

Clearkan barang dulu.

Laju jugak depa bukak bumbung ni.

Clear.

Esoknya (Selasa) depa mulakan kerja pemasangan besi untuk letak atap pulak. Harini cuaca agak mendung dan teduh untuk mereka buat kerja. Alhamdulillah kerja-kerja pemasangan besi jugak siap dalam masa sehari walaupun tergendela sebentar bila hujan ditengah hari.

Hari ketiga (Rabu) depa mula kerja selepas pukul 2:00 petang kerana menunggu lori hantar atap ACP dulu. Saya pilih warna coklat untuk bahagian luar atap. Bahagian dalam semua warna putih.

Bendanya sikit je tapi sebab bulky terpaksa pakai lori panjang.

Palang besi bumbung sedia untuk dipasang atap ACP.

Atap ACP, depa dah siap potong dari kilang mengikut saiz bumbung yang ada.


Atap is done.

Selepas selesai kerja-kerja pemasangan bumbung depa tolong angkat semula barang-barang yang depa clearkan sebelum ini. Tapi saya biarkan ampaian baju di porch depan dan tepi untuk sementara waktu. Macam best pulak jemur baju kat tempat baru. 😁

Next... nak tunggu depa pasang wire mesh pulak. Moga Allah mudahkan segalanya.🌹

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.