Sejak anak-anak dah besar panjang ni saya dah tak jahit baju depa. Kalau masa depa kecik dulu, saya akan beli kain banyak-banyak dan jahit baju Melayu sedondon dengan ayahnya sekali. Yang perempuan akan pakai baju kurung sedondon juga. Bila anak-anak dah besar panjang dan ada taste sendiri saya dah tak menjahit lagi. Semuanya depa beli sendiri ready made.
Tapi untuk sibujang nan seorang ni agak payah nak cari baju ready made especially baju Melayu. So bila dah katanya nak nikah maka kita suruh je dia cari kain warna putih sedondon dengan tunangannya. Lepas tu kita tempah. Mudah, bak kata orang kampung saya, ukur baju dibadan sendiri.😁
Kami buat tempahan di Bak Tailor. Depa caj RM220 upah jahit untuk sepasang. Saya bayar deposit RM100 dan depa ambik masa dua minggu sahaja untuk siap. Depa ada juga sediakan kain ela kalau kita belum ada kain. Starting harga RM420 sepasang. Agak mahal jugak pada saya. Biasanya kalau saya beli kain boleh dapat dalam RM15 semeter... plus upah jahit boleh dapat total cost less than RM300 sepasang. Saya tak pasti berapa harga yang anak bujang tu bayar untuk 4.5 meter kain yang depa beli... rahsia katanya. 🙂
Biasanya sebelum ini pun memang kami beli baju Melayu di sini tapi sejak anak bujang ni dah rupa model obesi susah pulak nak cari saiz yang sesuai especially bab labuh tangan. Kebanyakannya semua senteng kat tangan.
Banyak je selection baju putih... RM220 je sepasang. |
Pilihan kain yang ada. |
“Ummi nak gi memana lagi ke? Amin tak keje harini.”
Dah alang-alang tak ada kerja moh ler kita jalan-jalan kat KLCC, 10 minit je pun dari rumah via AKLEH. Singgah cuci mata kat kedai buku Kinokuniya dan makan tengahari kat foodcourt.
Saloma bridge in day light. |
Salmon marinara pasta for Ummi. |
Smoked haddock soup with bread, also for Ummi. |
Saloma bridge lagi. Pandangan otw balik pulak. |
Siap... tunggu nak bergaya dihari bahagia nanti. |
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.