Saturday, 10 September 2022

Kenduri anak bujang @ Kelab Darul Ehsan

Lepas lebih tujuh bulan baru ada masa nak menulis cerita majlis kenduri anak bujang ini. Sebelum ini hanya berkisar tentang persiapannya sahaja. (Semua cerita tentang persiapan nikah kahwinnya boleh baca di sini). Sebenarnya majlis ini dah tertunda beberapa kali dek masalah Covid-19 baru-baru ini.

Kami buat majlis pada 29hb Januari 2022 di Kelab Darul Ehsan. Alhamdulillah semua perancangan berjalan lancar. 

Melihat persiapan terakhir sehari sebelum majlis.

Pada hari kejadian kami turun dari rumah dalam pukul 9:00 pagi selepas sarapan ala-kadar. Majlis akan bermula pada pukul 11:00 pagi, jadi masih ada masa untuk persiapan terakhir.

Siap susun doorgifts.

Carpet merah ke pelamin.

Test pelamin dulu.

Ready menyambut tetamu.

Alhamdulillah ramai sahabat yang dapat hadir walau ada yang bertukar plan di saat akhir. Ada yang tak dapat hadir dek jangkitan Covid-19. Tapi rata-ratanya tetap datang memenuhi jemputan atas dasar persahabatan, teman sekolah, teman sekerja dan teman sepanjang jalan.















The siblings.

Us... all.

Beriya pulak mak ayah pengantin.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar walau ada hick-up di sana sini. Biarlah gambar berbicara sebab tak banyak yang dapat diceritakan. Mak pengantin sibuk melayan tetamu... semoga semua yang datang berpuas hati dengan layanan yang diberi. Semoga Allah berkati majlis yang telah berlangsung dan mengurniakan kebahagiaan kepada pasangan mempelai hingga ke akhirnya. Aamiin.🌹

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.