Dah lama saya perati pokok ni. Nak semai semula tapi asyik tertangguh. So hari ini kita kuatkan semangat sebab kesian sangat tengok rupa bentuknya... hidup segan mati tak mahu.
Katanya pokok ni payah mati walau apapun keadaan... sebab tu depa panggil devil's plant.
Terjuntai-juntai tinggal batang dan pucuk di hujung. |
Akar pun dah banyak keluar. |
Tanah organik dan pot keluarkan dari dalam stor |
Letak tanah dan ratakan. |
Potong batang pada setiap urat berakar. |
Cucuk dalam tanah dan siram supaya tanah jadi mampat. |
Siap... boleh letak kat tempat teduh dulu. |
Lebihan batang berakar boleh susun dalam balang letak batu dan tambah air. |
Siap... boleh letak atas meja dalam rumah. |
Kita tunggu hasilnya... mudah-mudahan terus segar. 🥰
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.