Thursday, 25 August 2022

Karipap gulung katanya.

Sejak hubby masuk kerja rutin harian saya pun turut berubah. Kalau dulu bila pepagi rasa malas nak masak kita bercanda di kedai sahaja. Kini hari-hari saya akan masak sarapan walau sesimple-simple menu. Biasanya kita hidang roti sandwic sahaja. Sesekali jika rajin bolehlah kita bersantai-santai di dapur.

Kebetulan haritu kehabisan roti maka kita merajinkan diri menguli tepung.  Saya dah biasa menguli tepung  masa anak-anak kecik dahulu. So kali ini kita uli adunan karipap. Mudah sahaja resepinya. Saya letak dua cawan tepung gandum dan dua sudu margerin. Kacau biar jadi serbuk roti kemudian tambah air sejuk sesudu dan uli. Tambah air jika perlu. Bila dah sebati, bulat-bulatkan dan biarkan sebentar sebelum di canai.

10 ketul sedia untuk di canai.

Saya guna serunding daging sebagai inti.

Abaikan kejadian yang kurang bulat itu.

Kita cuba lagi

Sedia untuk digoreng dalam minyak sederhana panas

Siap.

Dah siap buat sarapan bolehlah teruskan kerja lain selayaknya bagi memenuhi masa duduk rumah. 

Moga Allah bantu selamanya.🌷


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.