Sunday, 28 August 2022

Semai pokok Pothos Ivy / Devil's plant Ivy

Dah lama saya perati pokok ni. Nak semai semula tapi asyik tertangguh. So hari ini kita kuatkan semangat sebab kesian sangat tengok rupa bentuknya... hidup segan mati tak mahu.

Katanya pokok ni payah mati walau apapun keadaan... sebab tu depa panggil devil's plant.

Terjuntai-juntai tinggal batang dan pucuk di hujung.

Akar pun dah banyak keluar.

Tanah organik dan pot keluarkan dari dalam stor

Letak tanah dan ratakan.

Potong batang pada setiap urat berakar.

Cucuk dalam tanah dan siram supaya tanah jadi mampat.

Siap... boleh letak kat tempat teduh dulu.

Lebihan batang berakar boleh susun dalam balang letak batu dan tambah air.

Siap... boleh letak atas meja dalam rumah.

Kita tunggu hasilnya... mudah-mudahan terus segar. 🥰

Eidul Adha 2022

Aidil Adha tahun ini jatuh pada hari Ahad 10 Julai 2022. Kami raya di KL sahaja. Seperti biasa geng raya KL, kami tidak terlalu beriya nak beraya. Cukup sekadar ada anak-anak pulang beraya dan masak ala-kadar supaya nampak suasana lain dari hari biasa.

Gulai udang untuk nasi dagang di pagi Raya.

Kami bersolat raya di Masjid Ukay Perdana sahaja. Sempat berjumpa dengan jiran setaman.


Dengan jiran belakang rumah.

Us girls... missing Iman and Ciksa.

One for the memory.

Gedik-gedik pagi raya.

Usai solat dan menjamah makanan kami terus ke Putrajaya untuk bersama anak-menantu dan cucu yang baru lahir seminggu. Kami angkut semua makanan yang ada dan sambung beraya di sana.



Muka bangga Tok Ayah dengan dua-dua cucu.

Missing Pakbu & Ciksa.

By petang kami ke Shah Alam untuk merisik bakal orang baru. 

Sekian cerita Aidil Adha 1444H.😊


Saturday, 27 August 2022

Jalan-jalan KB, teman orang sebelah.

“Jom balik KB. Ada program Coop Bank…” Dah lama tak balik KB so bila hubby ajak balik, laju je kita setuju. Seperti biasa saya akan pick-up hubby di tempat kerja dan terus gerak ke KLIA. Flight kami pukul 7:00 malam, so sementara menunggu kita minum dulu. 

Teh ais je pun... harga kemain.

Kami tiba di airport KB pukul 8:00 malam. Terus ambik kereta sewa dan berhenti untuk makan malam di Restoran Sapuroh KB sebelum check-in di Hotel Perdana KB.

Kena ambik gambar kereta especially nombor plat sebab takut tertukar dengan kereta lain.

Kemain macam nak makan 10 orang.

Pukul 10 malam baru kami dapat berehat di bilik hotel. Such a long day, kata orang kampung saya. Awalnya cuak jugak nak menginap di hotel Perdana disebabkan kes seorang lelaki menyorok dalam almari sebelum guest masuk baru-baru ini. Tapi kita tawakkal sahaja mudah-mudahan insiden tersebut tidak berulang lagi.

Kena scan sekitar bilik hotel dahulu.

Sepanjang hari pertama hubby busy dengan program Coop Bank. Maka sebagai isteri mithali saya buat hal sendiri. Usai sarapan saya keluar menziarahi saudara di Kg China. Disebabkan hubby busy maka kita jadi wakil pergi berziarah. Biasanya kami akan berjumpa di gerai jualannya sambil menjamu selera nasi dagang.

 Depan gerai Kak Yah.

Lepas makan saya dan Kak Yah ke rumah sepupu hubby yang lain pula. 

“Kak Dah rasa nak makan kuetiew yang ada tiak jagung tu la…”  Okay jom. Kami ke AEON Mall Lembah Sireh. Sambil jalan-jalan kami singgah makan di Restoran Jonny’s yang ada jual kuetiew tiak jagung.

Snap tempat parking dulu takut sesat tak jumpa kereta nanti.

Kak Dah (kakak)  & Kak Yah (adik) dengan kuetiew goreng tiak jagung.

Usai makan saya hantar mereka ke rumah masing-masing sebelum ke hotel semula. Lepas hubby habis program saya keluar lagi. Kali ini teman hubby ambik angin sekitar bandar KB pulak. 

Dataran Rehal KB

Pintu gerbang KB. Abaikan filter terlajak itu.

Tambatan di Raja.

Oh... sungai Kelantan.

Lepas menikmati ‘keindahan’ sungai Kelantan kami melepaskan lelah di sebuah kafe tepi sungai. Namanya Kafe Tak Ada Nama, ala- ala kafe hipster. Mulanya nak order teh tarik tapi mengingatkan rupa air sungai Kelantan tadi terus mati selera saya. Lepas tu nak cuba menu Air Tak Ada Nama tapi bila tanya ingredient dia macam pelik pulak. Depa letak cili hiris dalam air… takut pulak perut saya meragam nanti.😆 Akhirnya saya order air bandung sahaja.

Tempat duduk...meja dua tingkat.


Sirap bandung tapi too much colouring... habis merah jari makcik.

Sebelah malam hubby ajak sepupunya dinner kat Restoran Wau pulak. Lagi sekali saya keluar berjalan. Nampaknya hari ini memang hari berjalan saya. More than 20 000 steps recorded.

Ayam cheese lemon... ntah.. lupa dah nama menu.

Colek campur... Kelantan authentic.😋

Dua-dua beradik sepupu hubby

Usai makan kami balik ke hotel semula. Hubby ajak mengopi kat kafe hotel pulak. Ala-ala berdating gitu. Walau dah sangat kenyang makcik layankan saja sambil-sambil cuci mata tengok depa susun kek buat hiasan. Dalam pada perut dah kenyang  tu sempat lagi order air dan hirisan buah. Konon saja nak teman hubby mengopi. 



Cafe latte... plus buah

Esoknya usai sarapan kami check-out. Singgah lunch kat Restoran Yati Ayam Percik. Lepas tu jalan-jalan kat AEON Mall lagi sebab hubby nak cari T-shirt baru. Kemudian kami ke Bazaar Tengku Anis cari baju batik pulak. Lepas setel baju batik kami pi cari keropok dan sambal daging sebelum ke airport untuk flight pukul 6 petang.

Laicikang for me.

Muka puas hati dapat nasi kerabu ayam percik.

Hubby ambik flight MAS business class, maka dapatlah makcik merasa depa serve makanan beserta air panas walaupun flight KB-KL hanya memakan masa 45 minit sahaja. Belum sempat makanan turun ke perut kita dah turun dari kapalterbang.😁

Depa serve ala-ala yong tau fu.

“Apa salahnya sekali-sekala belanja bini naik flight business class….” Gitu.😊

Friday, 26 August 2022

Kuantan... jalan jalan cari pantai.

Hujung bulan Mac haritu hubby ada program Shariah Commitee di Kuantan. Kami drive ke sana dan menginap di hotel Zenith, Kuantan. Kebetulan hotel tu bersebelahan dengan East Coast Shopping Mall, jalan 5 minit dah sampai. So bila hubby sibuk berprogram kita lepak-lepak cari kawan yang tinggal berdekatan. Hari pertama dengan Shida, sahabat sepermainan masa study dulu-dulu dan hari kedua dengan Nonie, friend of a friend kawan sekolah hubby dulu. Bila hubby habis program sesi petang barulah kita bercanda di tepian pantai sambil jalan-jalan cari makan.😊

Hari pertama kami pi cari pantai berdekatan dengan bandar Kuantan. Malas nak pi jauh-jauh. Berpandukan google map entah ke mana-mana dia bawak keliling bandar. Akhirnya kami singgah je pantai yang nampak menarik. Tak pasti pulak apa nama pantai tu. Tak kisahlah mana-mana pantai asalkan dapat  menikmati pemandangan yang cantik.

Pemandangan yang cantik walau pantai berbatu.

Lepas lepak-lepak kat situ kami pergi dinner di Restoran Ana Ikan Bakar, Tanjung Lumpur. Asalnya nak cari ikan bakar petai tapi macam tak menepati selera pulak, so kita berpada dengan apa yang ada sahaja. Yang penting ikan bakarnya segar dari laut.

Ikan jenahak bakar petai.

Ikannya agak hangit dan petai rasa pahit.

Sesi meratah ikan.

Hari kedua kita jalan-jalan di Pantai Sepat pulak. Oleh kerana program hubby habis agak lewat maka lawatan ke pantai hanya seketika sahaja. Perjalanan dari hotel ambik masa lebih 30 minit, tambah sedikit jalan jam orang balik kerja. Kami tiba di sana sebelum maghrib so sempat la tengok lembayung senja.

Pantai Sepat ni kawasan kampung nelayan. Keluar sahaja dari kereta terus disambut dengan aroma hidupan laut.






Hubby pernah buat program Etiqa di sini beberapa tahun yang lepas. Kiranya kami jalan-jalan sambil mengimbau kenangan. Oleh kerana hari dah hampir senja kami tidak berlama-lama. Lepas posing sana-sini kami terus balik ke hotel semula.

Oleh kerana dah agak lewat, kami balik dinner di hotel sahaja. Hubby punya portion memang dah included dalam kos program. Untuk saya, kami bayar sendiri ikut harga buffet dinner. Depa caj RM80 untuk seorang.

“Apa salahnya sekali sekala belanja bini… bukannya mahai mana pun…” Gitulah…😘

Dua hari lepas balik ke KL hubby disahkan positif Covid. Maka berkurunglah kami laki-bini dalam rumah selama seminggu. Walau disahkan positif Covid hubby tiada sympton yang serius namun terpaksa kuarentin dalam bilik. Saya pulak selepas tiga kali test asyik negatif sahaja. Namun symptomnya amat menyakitkan… dengan demam, batuk, sakit tekat, sakit segala sendi tapi terpaksa masak dan melayan orang yang kena kuarentin. Alhamdulillah despite apa yang terjadi… Allah membalas dengan segala kebaikan. Moga Allah bantu selamanya. 🌹🌹🌹