Thursday, 21 October 2021

Happy Birthday Young Man

Sedar tak sedar that little boy yang asyik masuk hospital masa kecik dulu dah besar gajah mengalah semua orang dalam family. Tahun ni dah masuk umur 22 tahun on the 14th of October haritu. Seperti biasa on any birthday,  kami tidak buat sambutan beriya-iya. Hanya ada makan-makan bersama family terdekat sahaja. Oleh kerana masih lagi musim covid jadi kita cari tempat yang agak lengang untuk dine-in. Malangnya kakak yang sulung tak dapat datang sebab tak sesuai untuk bawa baby, manakala kakak yang kedua pulak di luar kawasan. So tinggallah beberapa ketul sahaja yang available untuk masa dan ketika ini. Yang penting ada Umi dan ayah yang sentiasa bersama dalam susah dan senang.

Ini sahaja yang ada untuk kali ini.

Sebenarnya restoran ni dah jadi tempat favourite kami sejak lama especially kalau nak makan Italian food. Sangat sedap dan kena dengan tekak saya. Saja seronok nak belagak jadi Italian celup. Bab makan jelah. Bercakap, sepatah hare pong dok tahu. Paling best kalau menu yang ada krim... memang marvellous! Hilang habis sebulan projek diet ambo. 

Umi's... creamy salmon fetuchini.

Umi's lagi... mushroom bruschetta.

Umi pulok yang excited nak makan. Lama sangat berkurung dek PKP gamaknya. So sesekali boleh dine-in kita balas dendam makan segala yang tertangguh. Astaghfirullah.

Birthday boy with ayah... pasaipa ayah hang muka serius pun tak tau.

With Umi, yang maitain sweet.

Kami tidak berlama-lama dalam restoran tu sebab patuh SOP. Usai makan kami terus beredar. Hajat hati nak jalan-jalan KL by night tapi kita tangguhkan dulu dilain masa. Kita posing-posing depan restoran sahaja sebagai tanda ingatan untuk baby boy yang dah bujang trang-tang-tang. 

Birthday boy with Umi and ayah... Umi kecik tersepit.

With the newly wed...still, Umi kecik tersepit.

Alhamdulillah anak-anak dah makin besar dan Umi dah makin tua. Mudah-mudahan semuanya menjadi anak-anak soleh dan solehah sebagai saham akhirat Umi nanti. Aamiin ya Rabbal alamin. Moga Allah bantu selamanya.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.