Dah beberapa kali saya dok menung menengok rupa sarung ironing board ni. Sejak mula pkp dulu sidia ni asyik terperap sahaja. Tapi sejak dah setel dua dos ni kita pun memulakan aktiviti gosok menggosok semula. Lagipun dah banyak masa untuk diisi hinggakan baju tidur dan baju basahan di rumah pun hendak digosoknya.
Maka pada suatu hari yang tenang kita pun mula berfikir-fikir untuk menggantikan dengan sarung yang baru. Asalnya nak beli kat shopee tapi penat pulak nak scroll. Banyak sangat pilihan sampai berbulu biji mata. Akhirnya kita cari kain je kain yang boleh recycle. Alhamdulillah masih ada kain langsir anakanda masa belajar di UIAM dulu. Dah hampir 10 tahun tersimpan namun masih elok. So kita gunting dan jahit sendiri.
|
Kesian tengok rupa sarung yang dhaif itu. |
|
Kita buka dan bentangkan. |
|
Bentangkan langsir dan gunting kain langsir mengikut saiz sarung ironing board yang lama. Allow basi 1 inci keliling kain. |
|
Terbalikkan kain dan kelim keliling kain dengan jarum peniti. |
|
Sedia untuk dijahit pakai mesin atau pakai tangan. |
|
Sarung ironing board is done. |
PS: Dah lama juga tidak menjahit so kita mulakan balik aktiviti jahit menjahit. Mesin jahit pun dah lama terperap so kita start enjin… Selagi boleh berjimat apa salahnya.😊
Moga Allah bantu.🌹
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.