Sunday, 4 July 2021

Makaroni goreng tuna

Biasanya di hujung minggu hubby akan ajak pi jogging. Kalau mood baik, kami akan pergi ke Taman Tasik Perdana atau Tmn Tasik Titiwangsa atau Tmn Tasik Ampang. Lepas tu singgah memana untuk sarapan. Tapi sejak pkp, kami hanya berjogging keliling taman perumahan sahaja. Lepas tu keluar pi cari breakfast. Bila dah masuk fasa pkpd ni dah tak dapat gi memana pulak. Berkurung la dalam rumah.

Malam tadi depa tengok bola live England VS Ukraine, starting pukul 3 pagi hingga subuh. Maka saya sensorang saja yang hidup dipagi hari ini. No jogging, no keluar cari breakfast... so kita koreklah apa yang ada dalam stor dan laman dapur sambil fikir menu simple untuk sarapan.

Ada tuna cili, kucai dan bayam brazil.

Kita rebus macaroni dulu tambah garam dan sedikit minyak. Sambil tu kita ketuk dan hiris bawang putih. Potong kucai dan bersihkan daun bayam brazil.

Macaroni siap direbus.

Kemudian panaskan kuali, letak sedikit minyak dan tumis bawang putih. Bila dah kuning masukkan tuna dan sayur. Kacau rata lepas tu masukkan macaroni. Kacau lagi. Masukkan sedikit serbuk lada hitam. Tambah garam jika perlu. (Saya tak letak cili sebab tuna tu dah bercili dan sangat pedas).

Siap.

Oleh kerana semua ahli rumah masih dibuai mimpi, kita enjoy makan sorang-sorang syok sendiri.😁


Letak cili dan daun pudina buat penambah seri.🥰

Mudah-mudahan hari ini lebih baik dari semalam. Moga Allah bantu.🌹

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.