Hari ini awal-awal pagi saya dah turun ke halaman rindu. Seronok tengok pokok-pokok bunga ros mula mengeluarkan pucuk baru. Semalam check diari baru perasan bahawa dua minggu lepas saya gembur tanah dalam pasu dan bubuh baja bunga. Saya guna baja biji-biji warna pink. Gamaknya semua pokok tu sangat berbahagia apabila akar pokok mula menyerap khasiat dari baja.
|
Pokok bunga ros (dan lain-lain) beratur dalam pasu. |
Saya jarang memberi harapan tinggi kepada pokok-pokok yang ditanam. Almaklumlah makcik ni bukannya green fingers. Tanam sebab minat yang up and down. Bila datang rajin maka terbongkok-bongkoklah makcik di laman. Bila hilang rajin maka terbiarlah pokok-pokok tu mengikut nasib masing-masing. Alhamdulillah setakat ini masih ada empat pasu bunga ros yang masih bertahan.
|
Baka ros kampung berwarna pink cair. Dah beberapa kali kekeringan tinggal tunggul. Tapi bila disiram dan dibaja ia tumbuh semula. |
|
Baka ros dwi-warna merah dan kuning. Ceritanya seperti di atas. |
|
Baka ros pink pekat ni sangat tahan lasak.
|
|
Baka ros warna peach ini juga sangat tahan lasak. |
Selain bunga ros saya ada sepasu bunga YTT (yesterday, today, tomorrow). Bunganya tahan selama tiga hari. Sangat wangi dan bertukar warna dari purple> lilac> putih.
|
Ytt baru galak berbunga.
|
Hari ini saya gembur tanah dan letak baja lagi. Mudah-mudahan semuanya kekal subur dan galak berbunga selepas dua minggu lagi. Moga Allah bantu.🌹
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.