Saturday, 31 July 2021

Ke dapur, ke kebun.

Dah lama tak siang ayam. Biasanya saya beli ayam kat kedai runcit (Acheh). Adik kedai tu siap potongkan sekali. Tapi bila kes covid asyik mencanak naik ni semua pembelian kami buat secara online sahaja. So terpaksalah terima apa yang depa deliver. Maka berpagi lagi makcik dah bersilat siang ayam pulok. Alhamdulillah skill masih ada.😊

Sekor je pun.. lengkap dengan kepala, ekor dan isi perut sekali.

Belah dulu lihat isi perutnya.

Alhamdulillah, semuanya setel dalam sekelip mata sahaja. Sedar tak sedar siap seperiuk lauk ayam masak kurma buat hidangan tengahari nanti. 😋

Ayam kurma is done...😊

Sementara menunggu hubby habis meeting, (on Saturday morning, katanya dah pencen) kita pi melawat kebun dulu. Sambil tu boleh buat pemasuan semula pokok daun kunyit dan kucai.

Pokok kucai.

Pokok daun kunyit.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Moga Allah bantu.🌹

Sunday, 25 July 2021

Nasi kandaq.

"Hari ni kita order je. Awak tak payah masak. Kalau nak masak pun nanti malam pulak..." Sesungguhnya tiada apa yang lebih membahagiakan daripada tidak perlu bersilat di dapur.😁

By pukul 9.30 pagi hubby dah siap placed order online. Tapi disebabkan kitchen depa hanya beroperasi selepas pukul 11.00 pagi maka kita buat roti telur dulu untuk sarapan. Mudah saja kerjanya. Hanya pukul dua biji telur. Tuang dalam kuali (leper) yang telah dipanaskan dan disapu minyak. Kemudian letak dua keping roti lepas tu terbalikkan telur. Letak mayo dan thousand island dan hirisan timun. Lepas tu katup ala-ala sandwich, biar sampai roti kekuningan. Siap.

By pukul 11.45 pagi raider grab tiba depan rumah... so kita terus brunch pulok. Kat luar hujan tetiba turun dengan lebatnya. Apa nak dikata... duduk rumah ni kita makan, tido, makan, tido sajo. 

Teh tarik mamak... the best ever.

Sesekali kita order nasi kandar dari Hameediyah Bistro. Kedainya terletak di Ampang dan harga pun sangat berpatutan.

Alhamdulillah untuk rezeki hari ini. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Moga Allah bantu.🌹

Saturday, 24 July 2021

Aidil Adha 2021

Tahun ini masih seperti tahun lepas, beraya dalam suasana covid yang masih mengganas. Minggu ini sahaja bilangan mereka yang positif covid sudah melepasi angka lebih 10 000 orang setiap hari. Maka terpaksalah kita sambung beraya dalam suasana normal baru. Tiada ziarah raya, tiada balik kampung. Beraya je syok sendiri sesama isi rumah. Alhamdulillah makcik masih ada dua orang anak yang masih bujang menjadi peneman di rumah sepanjang PKP.

Petang sebelum raya kita masak rendang ayam dan nasi impit serta gulai ikan tongkol. Esok paginya selepas subuh saya kukus nasi dagang. Selepas berkemas di dapur kita bentang sejadah untuk solat raya pulak.

Cipta suasana Eidul Adha di rumah sendiri.😍

"Umi macam nak pi haji je..." Insya Allah, Ameen. 


Empat ketul dipagi raya.

Selesai makan dan bergambar ala kadar bolehlah bervideo-call dengan anak menantu dan cucu-cucu. Alhamdulillah walau jauh di mata semuanya sentiasa dekat di hati.

Full house 🥰

Tq to the technology.👍

Semoga Eidul Adha ini memberi seribu satu makna dalam kehidupan yang sudah menghampiri hujung usia ini. Moga Allah bantu.🌹

Bunga ros dan YTT

Hari ini awal-awal pagi saya dah turun ke halaman rindu. Seronok tengok pokok-pokok bunga ros mula mengeluarkan pucuk baru. Semalam check diari  baru perasan bahawa dua minggu lepas saya gembur tanah dalam pasu dan bubuh baja bunga. Saya guna baja biji-biji warna pink. Gamaknya semua pokok tu sangat berbahagia apabila akar pokok mula menyerap khasiat dari baja. 

Pokok bunga ros (dan lain-lain) beratur dalam pasu.

Saya jarang memberi harapan tinggi kepada pokok-pokok yang ditanam. Almaklumlah makcik ni bukannya green fingers. Tanam sebab minat yang up and down. Bila datang rajin maka terbongkok-bongkoklah makcik di laman. Bila hilang rajin maka terbiarlah pokok-pokok tu mengikut nasib masing-masing. Alhamdulillah setakat ini masih ada empat pasu bunga ros yang masih bertahan.

Baka ros kampung berwarna pink cair. Dah beberapa kali kekeringan tinggal tunggul. Tapi bila disiram dan dibaja ia tumbuh semula.

Baka ros dwi-warna merah dan kuning. Ceritanya seperti di atas.

Baka ros pink pekat ni sangat tahan lasak.

Baka ros warna peach ini juga sangat tahan lasak.

Selain bunga ros saya ada sepasu bunga YTT (yesterday, today, tomorrow). Bunganya tahan selama tiga hari. Sangat wangi dan bertukar warna dari purple> lilac> putih.

Ytt baru galak berbunga.

Hari ini saya gembur tanah dan letak baja lagi. Mudah-mudahan semuanya kekal subur dan galak berbunga selepas dua minggu lagi. Moga Allah bantu.🌹

Thursday, 15 July 2021

Cucur bawang & jagung yang simple

Bila melawat laman dapur pagi tadi, seronok pulak tengok pokok kucai hidup subur dimusim hujan ni. So kita potong supaya tumbuh pucuk-pucuk baru. Dan hasilnya kita buat menu untuk makan pagi sambil korek-korek apa yang ada dalam stok.

Daun kucai, bawang holand, ikan bilis, jagung & tepung gandum.

Daun kucai ni saya biasa masukkan dalam gorengan nasi, mee atau mihun. Kadang-kadang saya buat tumis air campur taugeh. Tapi hari ni tetiba terasa nak buat cucur pulak. So kita hiris daun kucai dan dua biji bawang holand. Rendam ikan bilis dan jagung frozen.

Bahan hirisan.

Campur semua bahan. Letak dua cawan tepung gandum dan dua cawan air. Tambah setengah sudu kecil garam serta kunyit serbuk dan satu sudu kecil gula. Gaul rata dan biarkan adunan sebati selama 30 minit. Sementara tu bolehlah kemas dapur dan fikir next menu untuk makan tengahari pulak.

Adunan yang siap digaul

Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan/perang, ikut kesukaan masing-masing.

Siap.

Alhamdulillah.

Mudah-mudahan hari ini lebih baik dari semalam. Moga Allah bantu.🌹


Wednesday, 14 July 2021

Sinki tersumbat

Dah lebih seminggu sinki dapur ni buat hal. Biasanya kalau tersumbat sikit-sikit saya cuma pam dan aliran air akan kembali normal. Tapi kali ini aliran air asyik sangkut-sangkut pulak. Beberapa kali pam pun masih sangkut. Terpaksa dibiarkan selama lebih kurang sejam untuk air tu sejat baru dapur boleh beroperasi semula. 



Saya pernah guna soda kuda api tapi macam tak berapa berkesan. Bila baca komen-komen netizen ada yang mengatakan bahaya bila menggunakan bahan-bahan chemical macam tu. Takut rosak bahagian dalam batang paip dan mengakibatkan batang paip pecah. Takut pulak jadi masalah yang lebih besar nanti. Ada juga yang mencadangkan guna garam dan air panas. Tapi saya tidak berkenan dengan idea tuang air panas ke dalam lubang. Nak panggil plumber datang tengok takut pulak dengan masalah covid dan lockdown sekarang ini. 

Bila sumbatan air tu melarat hingga ke bilik air, mahu tidak mahu terpaksalah saya gunakan segala asas  kemahiran hidup yang ada. Setiap kali saya pam sinki dapur air kotor akan membuak keluar dalam lubang di bilik air. Bila saya pam di bilik air, air akan membuak keluar di lubang belakang rumah pulak.

Lubang belakang rumah. (Selepas lantai dibersihkan)

Alhamdulillah masa buat renovation rumah dulu kami tidak usik memana lubang air. Semuanya masih original, jadi senang saya nak monitor aliran ke lubang kumbahan. Sebagai usaha terakhir, terpaksalah saya jolok lubang di belakang rumah menggunakan batang mop lama. Lubangnya agak dalam, melepasi satu meter, cukup cukup untuk batang mop tu. Bila saya godek(?) bahagian dalam lubang tu terasa agak keras dan liat. Selepas beberapa kali cubaan akhirnya lelemak tersembur dari dalam lubang tu. Saya biarkan semuanya terapung sebelum pam semula. Selepas dua kali pam, air kotor dari sinki dapur dan lantai bilik air pun mengalir memasuki lubang kumbahan dengan lajunya. 

Lubang kumbahan (yang bentuk empat segi atas lantai) tidak jauh dari lubang air.

Alhamdulillah... sesungguh semua yang terjadi dengan kehendak Allah jua. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Moga Allah bantu.🌹

Tuesday, 13 July 2021

Fiddle fig, hydrangea & mulberry

Sejak beberapa minggu ni seronok pulak saya memangkas pokok-pokok di halaman rindu. Gamaknya dek cuaca yang sentiasa hujan dan redup menyebabkan pokok-pokok tu segar membesar dan merimbun. Saya pulak jenis yang sukakan suasana terang dan tidak semak. Maka banyaklah pokok yang jadi mangsa tebang dan pangkas saya. Batang-batang dan dahan yang ditebang tu kita kumpul dan susun di luar pagar. Dua atau tiga minggu sekali lori MPAJ akan datang kutip. Thanks to pekerja MPAJ yang setia berkhidmat.🌹

Kebanyakan pokok saya pangkas dan terus buang. Ada beberapa pokok yang saya akan simpan keratan batang bahagian pucuk untuk ditanam semula. Antaranya pokok fiddle fig atau ketapang. Ianya sangat mudah dijaga. Selepas dipangkas batangnya saya cucuk semula dan semai dalam pasu, letak di tempat teduh dan siram pada waktu pagi dan petang.

Fiddle fig, masa beli dulu daunnya kecik-kecik dan comel. Sekarang berdaun besar gedabak pulak.

Bekas pangkasan mula mengeluarkan pucuk baru.

Batang pucuk saya tanam semula.

Hujung tahun lepas saya bersahabat dalam fb grup bunga-bungaan dan mula berjinak dengan pokok hydrangea atau pokok bunga Siti Zubaidah. Saya beli pokok yang dah siap berbunga pada hujung tahun lepas. Hari ni dah masuk tujuh bulan. Pokoknya masih tidak putus berbunga dan sentiasa mengeluarkan kudup bunga yang baru. Mula-mula warna pink kemudian bertukar menjadi warna hijau. Semalam saya buat pangkasan untuk kali kedua.

Selepas dipangkas, tinggal bunga dan daun-daun yang rendah sahaja.

Bunga hijau bertahan dah masuk dua bulan.

Ada bunga yang dah menghampiri tiga bulan dan mula kelayuan.

Saya cucuk batang (pucuk) ke dalam pasu buat tanam semula.

Hasil semaian dari pangkasan pertama dahulu, kini berusia lebih 3 bulan.

Pokok mulberry ni asalnya saya tanam dari batang juga, hasil pemberian jiran setaman. Saya semai dalam pasu. Bila dah tumbuh akar dan nampak sihat, saya pindahkan ke tanah tepi pagar. Alhamdulillah hidup subur dan meninggi... maka haruslah dipangkas juga. Selepas dua minggu dipangkas mula keluar pucuk baru juga. 

Ada penampakan putih buah pada pucuk baru.

Dan lebihan batang saya semai dalam pasu. Selepas 2 minggu mula mengeluarkan pucuk. Lepas ni boleh lah kita salin pasu pulak.

Batang mula mengeluarkan pucuk daun

Dengan keadaan cuaca yang masih dalam musim hujan ni mudah-mudahan semua pokok ni sentiasa segar. Moga Allah bantu.🌹

Sunday, 11 July 2021

Myvi vs Brv

Sejak pkp then pkpd ni jarang benar saya keluar ke mana-mana. Seorang rakyat yang taat perintah gitu. Nak keluar pagar rumah pun malas. Dan bila asyik berkurung ni banyak perkara yang berlaku di luar tanpa kita sedar. 

Jadi, bila sesekali teringat tentang kereta yang tersadai barulah ada hati nak keluar rumah. Sungguh bagai dikata... malang tidak berbau. Tetiba pulak enjin kereta tak boleh start. Batery kong.😔

Dah namanya dalam fasa pkpd, semua bengkel dan kedai aksesori kereta tutup. Terpaksalah kita tunggu hingga ada kedai yang buka. Maka tersadai kereta itu buat beberapa hari.

Bateri kong.

Bila keluar kali kedua, kita bertemu dengan ujian tambahan pulak. Entah apa alasannya tetiba cermin belakang kereta pecah. 


Sementara menunggu kedai aksesori kereta dibuka kita bungkus je dulu.

Selepas beberapa hari bersabar akhirnya ada satu bengkel beroperasi di Wangsa Maju. Alhamdulillah masih dalam 10km radius dari rumah. So kami beli bateri dan bawa balik ganti di rumah. 

Father and son in action.

Bateri Brv.. done.

Untuk cermin kereta Myvi yang pecah tu kita sambung bersabar lagi hingga kedai aksesori kereta dibuka semula lepas pkpd. Moga Allah bantu.🌹

Santai hujung minggu

Bangun pagi tadi, serata rumah bau taik kucing. Bila bukak je pintu dapur memang terus rasa nak mengamuk. Tapi rasa je... tidak la sampai mengamuk betul-betul. Kitakan penyabar orangnya. 😊 

Maka bersusah payahlah makcik ni menyental lantai belakang yang berlemoih dengan taik dan kencing kucing dengan penuh pasrah. Apa nak di kata... rezeki dipagi hari kita sentiasa berbeza.

"Breakfast kita order jelah hari ni..."  

Alhamdulillah hubby berbesar hati tolong order grab food. Sedang elok saya siap sental menyental, delivery pun sampai. Kita cuma perlu hidang je atas meja. Siap sarapan untuk dua orang pencen... boleh sambung hingga makan tengahari.😊

Moga Allah sentiasa kurniakan rezeki yang baik untuk kita semua.🌹

Saturday, 10 July 2021

Exercise pagi

Rasa macam dah lama tak mengemas-kini keadaan rumput rampai yang galak membiak sejak musim hujan ni. Maka hari ini pepagi lagi kita dah bersiap sedia dengan peralatan berkebun sambil pelan-pelan buat regangan. Despite apa orang kata, saya tetap masukkan aktiviti di laman sebagai satu bentuk senaman untuk diri sendiri. Riadah boleh, exercise pun boleh.

First thing first haruslah kita gembur tanah dahulu. Setiap pokok bunga dalam pasu wajib mendapat sentuhan gembur-menggembur untuk meringankan tanah yang dah mampat dalam pasu. Sambil tu kita cabut dan buang rumput yang datang tanpa diundang. Kemudian tabur baja bunga. Lepas tu boleh siram seperti biasa.

Rake kecik, penyodok kecik dan cangkul kontot buat gembur tanah.

Tanah yang siap digembur, berbaja dan bersiram.

Selesai bab gembur menggembur tanah, kita sambung dengan memotong dan menggunting rumput pulak. Dah lama saya tak upah orang potong rumput sebab saya lebih seronok mengusahakan laman dengan kudrat yang ada sebagai rutin senaman. Tak penat mana pun sebab saya mengunting rumput sambil duduk.

Gunting besar, rake kontot dan panjang serta bangku untuk duduk.

Saya cuma potong/gunting rumput yang panjang dan nampak semak sahaja. Yang lain-lain tu kita biarkan dulu. Lepas ni boleh sambung potong guna mesin pulak. Saya guna mesin manual supaya boleh tambah exercise tolak dan tarik pulak.

Rumput yang siap dikumpul selepas dipotong.


Alhamdulillah selesai tugasan hari ini. Mudah-mudahan esok lebih baik dari hari ini. Moga Allah bantu. 🌹