Friday, 14 May 2021

Aidil fitri 2021

Seperti tahun lepas, tahun ini juga semua rakyat Malaysia meyambut hari raya dalam suasana Covid-19 tapi dengan SOP yang lebih ketat. Aidil fitri hanya boleh disambut bersama dengan ahli rumah sahaja. Tiada rentas daerah apatah lagi rentas negeri. Namun walau apapun keadaan, hidup mesti diteruskan dan sambutan hari raya harus diraikan dengan kemeriahan sebagai tanda kemenangan. 

Dua hari sebelum hari raya saya dah siap beli ayam dan daging serta aksesori buat rendang untuk dimakan bersama nasi impit dan lemang dipagi hari raya. Dan sehari sebelum raya, pepagi lagi saya dah siapkan perkara-perkara yang perlu sebelum memulakan aktiviti masak-memasak. Blend bawang dan lada kering, potong daging dan ayam dan sebagainya disamping menyediakan juadah berbuka untuk hari terakhir Ramadhan.

Memproses tulang buat sup untuk juadah berbuka.

Oleh kerana puteri sulong tak dapat rentas daerah untuk pulang beraya, maka Umi tercinta ni pun cepat-cepat siapkan juadah raya dan suruh dia order Grab untuk hantar juadah ke sana. Alhamdulillah ada Grab yang sudi ambik order di malam raya. Depa caj RM40 untuk perjalanan dari Ampang ke Putrajaya. Kesian pulak putri yang lagi sorang tu...duduk jauh di Pahang, tiada daya bonda nak carikan orang untuk tolong hantarkan juadah.

"Sedapnya rendang Umi..." hmm begitulah

Pagi raya kami hanya bersolat raya di rumah sahaja. Hubby jadi Imam solat dan anak bujang jadi Tok Khatib untuk baca khutbah raya. (teks khutbah kita print daripada google sahaja). Usai solat dan menjamu selera sudah pastilah aktiviti berposing sakan. Anak-anak siap bertik-tok bagai. Mak ayah ni pandai berdiri tegak je. Dari muda sampai tua.. gitu jelah rupa posingnya.

Bukan senang nak berposing ngan En hubby.


Yang wujud dipagi raya. Alhamdulillah.



Walau tak dapat bersua muka secara fizikal, memadai dapat melihat secara maya. Thank you to the teknologi terkini yang dapat menghubungkan kita walau di mana jua. Kita berface time secara berjemaah sahaja agar terubat rindu ayah bonda atuk nenek di pagi hari raya. 

Temerloh+Putrajaya+Ampang

By pukul 12 tengahari selesai aktiviti raya.. dan semua ahli rumah kembali ke rutin asal buat hal masing-masing. Mudah-mudahan Covid ini berlalu pergi dan kita semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa semula.

PS: Apa-apa pun, raya tahun ini terasa lebih aman tanpa keluh kesah terperangkap dalam kesesakan jalan raya...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.