Wednesday, 15 January 2020

Kemboja dan Bougainvillea di halaman rindu...

Selepas lebih setahun menunggu, akhirnya pokok kemboja ini mengeluarkan kudup bunga. Pohon kemboja ni saya tanam daripada batang yang bujangku bawa balik dari Ipoh. Saya terus cucuk batang tu ke dalam tanah tanpa apa-apa penggalak akar. Siram setiap hari tanpa jemu. Setelah beberapa lama keluar pucuk baru dan daun-daun mula membesar seterusnya tumbuh dahan baru. Awalnya saya dah macam nak merajuk, tapi sabar je siram pagi dan petang hingga akhirnya menampakan hasil.

Bunga sulong... tak sabar tunggu dia kembang.

Sementara menunggu kemboja tu segar berbunga, saya lebarkan hobi dengan menanam pokok bunga kertas pulak. Bougainvillea kata orang putih. Pokok ini sangat mudah dijaga. Saya beli dua pohon dan taman dalam pasu. Alhamdulillah pokoknya memang mudah dijaga. Yang penting kena letak di bawah sinar mentari yang cukup. Pokok bunga kertas sangat sukakan tempat yang panas dan terang.

Baru mengeluarkan kudup bunga, nampak macam merah.

Selepas dua minggu ditanam, saya bubuh baja bunga dalam setengah sudu teh setiap pasu. Siram pada waktu pagi dan petang. Selepas dua kali bubuh baja, depa mula mengeluarkan kudup bunga.

Memang betul merah.

Masa memula beli pokok ni belum ada bunga. Saya suka bunga putih dan kuning oren. So terpaksa percaya bulat-bulat pada pakcik Nursery Bunga tu tentang warna bunga yang bakal keluar nanti. Alhamdulillah memang betul sepohon keluar warna putih. Tapi yang sepohon lagi keluar warna merah pink pulak. Apa nak dikata... pokok dah tanam, bunga dah keluar, kita redha saja ketentuannya. Alhamdulillah nampak cantik dan meriah pulak halaman rinduku dengan warna merah terang begitu.

Bougainvillea putih.

Mula galak berbunga.

Semakin galak berbunga dalam cuaca panas terik.

:D

Berbalik kepada bunga kemboja yang slow motion, walaupun ianya mengeluarkan kudup bunga lebih awal daripada pokok bunga kertas hari tu tapi hingga kini masih belum kembang. Tapi saya masih tetap bersabar. Kata orang, good thing takes time, so tunggu jelah.

Dah nampak progresnya walaupun slow.


Port lepak menikmati laman waktu senggang.

PS: Mudah-mudahan makin berseri halaman rinduku.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.