Pabila hubby ambik cuti hujung tahun, maka kita lepak-lepak kat rumah sahaja. Bila dah duduk rumah haruslah bermula dengan sarapan dari air tangan bini mithali. Biasanya saya tak pernah plan nak masak apa. Ikut je apa yang datang dalam fikiran, maka itulah menu yang akan saya masak. Sesekali hubby minta menu sendiri, menggagau jugaklah nak mencari bahan. Biasanya saya dah siapkan stok bahan masakan asas. Yang lain tu kita main campak campak sahaja.
Kebetulan pagi semalam terasa nak makan mihun goreng. Maka tanpa berfikir panjang saya terus rendam mihun yang ada, potong bawang putih dan merah, potong sayur yang ada dalam stok serta beberapa bahan perencah asas seperti udang kecil, fishcake, fishball dan bebola ketam . Saya sentiasa simpan stok bahan-bahan rencah ni dalam peti sejuk beku. Boleh letak dalam mee kuning, nasi goreng, megi goreng atau di goreng/rebus begitu sahaja makan cicah sos.
Saya rendam mihum dengan air suam supaya kembangnya sekata. Lepas tu tumbuk bawang putih dan merah serta cili api yang dikutip dari kebunku, sebagai bahan tumis. Lesung batu adalah wajib.
Tumbuk kasar sahaja. Kalau rajin nak hiris pun boleh. |
Panaskan minyak dalam kuali, lepas tu tumis bahan yang ditumbuk tadi. Selepas dah tumis, saya masukkan bahan perencah beserta garam dan sedikit gula. Setelah semua perencah dah nampak masak empuk, saya masukkan mihun yang telah disejat beserta sayuran yang ada. Gaul rata. Biasanya sebelum masukkan mihun, saya akan masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram sebagai perencah tambahan. Tiba-tiba pulak semua sos tu dah out of stock. Gamaknya sebab saya tak sempat shopping pada minggu sebelum tu. Gabra sekejap. Alhamdulillah masih ada stok lada hitam. Maka kita tumbuk buat serbuk dan tabur sahaja dalam kuali. Tambah hirisan kucai yang dipetik dari kebun, maka jadilah ia mihun pucat. Tak berani nak claim kata mihun Singapore sebab lain benar isi dan cara membuatnya walaupun rupa dah ada iras-iras.
Mihun goreng simple is done. |
Tak perlu gundah gulana pabila anak-beranak makan bertambah-tambah. Sibujang tu siap bawa bekal lagi. Alhamdulillah.. bak kata orang, kalu kita masak dengan kasih sayang maka kenyanglah mereka yang memakannya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.