Saturday, 5 October 2019

Jalan-jalan London Day 4: The Buildings

Rabu: 19 September 2019

Planning hari ini adalah melihat-lihat reka bentuk bangunan yang famous di sekitar Kota London. Sejak dari Malaysia lagi depa dua beranak dah buat shortlist bangunan mana yang akan diberi perhatian. Umi mengikut sahaja.

Destinasi 1: The Moderns

Sebagai orang muda dan baru dalam seni bina haruslah bujangku memilih design terkini di sekitar Central London. So seperti biasa, awal pagi lagi kami dah menapak ke Queensway Tube Station yang terletak bersebelahan dengan Bayswater Tube Station. Dua-dua tube station ni walking distance sahaja dari Hotel tempat kami menginap. Berjalan kaki dalam 10 minit sahaja. Kalau laju, 6-7 minit pun dah sampai. Kami pilih Queensway sebab ada direct line terus ke Liverpool Street Tube Station yang terletak di Central London.

Kebanyakan bangunan di Liverpool Street menggunakan cermin dan kaca. Macam-macam bentuk bangunan ada. Yang bujur, yang bulat, yang kurus, yang tinggi. Entah betul entah tidak term yang saya guna, suka hati je bagi kategori. Kebanyakannya mencakar langit. Jenuh pulak nak kena mendongak-dongak kalau nak menikmati keindahan seni binanya. 

The Skylines of Liverpool Streets.






Kalau dihalusi semua hasil seni bina tu memang sangat mengagumkan. Tak tahulah macamana semua akitek tu boleh berfikir sampai boleh menghasilkan reka bentuk yang sangat mengagumkan ini. Lupa pulak nak tengok nama setiap bangunan tu. Yang saya tahu hanyalah The Gherkin sahaja. 

Pintu masuk The Gherkin

The Gherkins


Liverpool Streets ni penuh dengan bangunan commercial dan office. Kebetulan masa kami tiba sana bersamaan dengan waktu orang masuk kerja, sepanjang jalan kami berselisih dengan mereka yang berpakaian formal, lengkap dengan sut dan tie. Kami je yang pakai santai-santai. 





Setelah puas berpusing-pusing di celah-celah bangunan kami berpatah balik ke Liverpool Street Tube Station untuk ke destinasi seterusnya. Oleh kerana kami belum sarapan maka kami singgah untuk morning coffee di kafe yang ada.

Cheese sandwich and mushroom with egg and cream plus hot coffee.

Destinasi 2: The Traditionals.

Selepas sarapan kami berlegar-legar dalam Liverpool Street Tube Station sambil melihat reka bentuk dan hiasan dalamannya. Walaupun belum dapat menghayati keindahan seni bina sepenuhnya, banyak jugak design yang menarik minat saya terutama cara letak duduk besi sebagai penguat atap/bumbung sesuatu bangunan.

Bahagian dalam bumbung Liverpool Street tube station.


Dari Liverpool Street kami menuju ke Bank & Monument Tube Station. Kat stesen ini agak sibuk dan kelam kabut sikit sebab banyak pintu & jalan keluar. Silap pilih pintu akan timbul di tempat lain. Nak baca tanda arah pun agak kalut sebab ramai orang. Awalnya kami hanya cuba jaya dan akhirnya berjaya walaupun terpaksa berjalan agak jauh. Berbanding di Liverpool Street, di sini kebanyakan bangunan dibina lebih dari 300 tahun dahulu dan masih mengekalkan seni binanya yang asal. 

The Bank of England

The Royal Exchange




Seterusnya kami berjalan hingga ke kawasan Westminster dan berehat di taman yang disediakan. Sekitar kawasan ni ada banyak bangunan yang menarik minat saya. Terutama yang berwarna putih, lebih-lebih lagi apabila ianya disinari cerah mentari di bawah langit yang biru. Jangan tanya bangunan apa sebab saya hanya memuja dari jauh sahaja.


Cuaca agak panas jadi kami terpaksa mencari tempat berteduh. Sambil melepak-lepak di tepi pagar tiba-tiba terpandang momento khas untuk mendiang Keith Palmer di salah satu tiang pagar tempat saya bersandar. Mendiang ialah pegawai polis yang terbunuh (kena tikam) masa peristiwa terrorist melanggar mati pejalan kaki di kawasan ini tahun lepas.

Memorial Keith Palmer.

Kami hanya melihat dan mengagumi binaan bangunan dari jauh sahaja. Dah masuk hari ke 4 ni kaki pun dah penat nak berjalan. Dua tiga hari sebelum ni asyik berjalan tak sedar diri, setiap hari melebihi 12000 steps, hari ni makcik dah kena slow down sikit. Lagipun cuaca agak panas so kami lepak-lepak di sekitar monument sahaja.

Big Ben under construction (kanan sekali)

Westminster Abbey

The Supreme Court


Destinasi 3: Mencari Doner Kebab Ori

Berkali-kali hubby dok sebut nak doner kebab original. Semenjak hari pertama di London, belum tercapai lagi hajat yang satu ini. Dah makan beberapa kali tapi tetap belum berjumpa the original taste. 

"Nak kena cari kat Edgware Road jugak, Turkish doner kebab". Katanya, maka kita layankan saja.

Kami naik bas supaya lebih mudah melihat-lihat sekiranya ada kedai makanan halal sepanjang jalan. Sebenarnya ada banyak pilihan tapi nak pastikan kedai mana yang ada secret resepi itu yang payah. Akhirnya kami singgah di kedai yang betul. Tapi lupa pulak apa namanya. Alhamdulillah tercapai jugak hajat hubby nak makan doner kebab mengikut seleranya. Saya ambik doner dengan nasi sebab rindu nak makan nasi lagi. Tapi nasinya lain sikit dengan nasi kita. Depa rebus beras hingga kembang lepas tu tos. Manakan sama dengan cara kita masak, so kurang sikit umph. Untuk tidak membazir, saya bungkus sahaja lebihan makanan untuk bawa balik hotel.

Nasi campur jagung tanpa perisa.

Setakat hari ini kami sudah memenuhi hampir kesemua program yang telah dirancang. Jadi selepas makan kami hanya berjalan santai-santai sahaja sambil melihat kesibukan kota London dari Oxford Circus hingga ke Bond Street sebelum pulang ke Hotel di Bayswater. Sebelum itu kami terpaksa top-up Oyster travel card yang di beli pada hari pertama di London hari tu. Kami beli/caj £25 plus £5 bonus seorang. Sepatutnya boleh tahan 4 hari tapi over used sebab kami banyak travel naik bas. So kami tambah lagi £15 seorang dan refundable kalau dah tak nak guna nanti. Alhamdulillah by the time kami keluar dari London kami dapat balik refund sebanyak £14 seorang. Kiranya total belanja Oyster travel card hanyalah £31 untuk sepanjang 5 hari berada di London. Card tu valid untuk lima tahun. So next time kalau terasa nak pi London lagi boleh top-up kat mesin sahaja.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.