Semenjak dua menjak ni banyak pulak barang-barang yang dah rosak. Biasanya kalau ada apa-apa yang rosak saya DIY sahaja. Itupun setakat yang termampu dalam kudrat yang ada. Kalau yang yang melampau, akhirnya kena panggil tukang juga. Masalah timbul apabila ada kerosakan yang berlaku dalam rumah. Bukan senang nak tunggu mana-mana Abdul tu free. Maka penyelesaian masalah asyik tertunda sahaja dek menantikan depa free untuk teman umi kat rumah.
Pagi semalam, tiba-tiba sahaja pintu pagar tak boleh buka. Driver pulak cuti so hubby nak kena drive sendiri. Beberapa kali mencuba buka pintu pagar untuk keluarkan kereta tapi gagal. Sebelah pintu sahaja yang terbuka. Sebelah lagi macam jam. Alhamdulillah kereta saya parking kat luar pagar, so hubby pakai kereta saya untuk pergi kerja.
Sebagai Domestic Manager haruslah kita bersikap pro-aktif. Oleh kerana tidak melibatkan masalah dalam rumah, maka cepat sahaja diambil tindakan. By pukul 9 pagi saya call repairmen untuk tengokkan apa masalah autogate tu. Alhamdulillah cepat sahaja depa respond. By tengahari depa dah tercegat depan pagar.
Sebelum tu depa suruh hantar gambar pagar umtuk tengok rupa dan jenis motor yang digunakan supaya senang depa bajet apa yang perlu di buat.
Tang mana motor pun saya tak pasti. |
Dapat gambar sebelah pagar sahaja sebab sebelah lagi dihalang oleh kereta. |
Sampai-sampai je terus depa start buat kerja macam pro.
"Wiring rosak ni kak. Yang dalam tanah tu dah reput..."
So depa ganti wayar baru sahaja. Motor dan motherboard semua masih elok. Alhamdulillah siap semua kerja dalam masa satu jam sahaja.
Nampak macam dok buat training. |
Kos RM180 sahaja. |
Sebenarnya sejak pakai autogate ni dah kali ketiga dia rosak. Pertama kali dulu dalam bulan June 2016. Masalah wiring jugak. Depa tebuk dinding rumah untuk buat wiring baru. Depa potong terus wiring lama dan buat bypass lalu kot celah-celah tile dan tanam dalam tanah cross halaman saya. Depa tak pecahkan tile takut rosak. Selepas setahun lebih (1 tahun 6 bulan), pada bulan January 2018 rosak lagi. Kali ini masalah motherboard pulak. Depa ganti motherboard baru. Selepas setahun lebih (1 tahun 9 bulan) rosak yang terkini pulak. Wayar dalam tanah tu dah reput, katanya. Depa ganti wayar baru sahaja. Tak perlu tebuk tile segala bagai.
First repair June 2016
Second time January 2018 (After 1 year 6 months)
Now October 2019 (after 1 year 9 months)
Kalau ikutkan trend kesrosakan tu kena bersedia setiap satu tahun setengah. Mudah-mudahan dapat bertahan lebih lama.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.