Tuesday, 16 April 2019

Tunggul pokok

Setiap kali balik Ampang saya akan meluangkan masa berlama-lama di halaman rinduku. Dah menjadi rutin harian saya untuk turun ke halaman rindu ini setiap pagi dan petang. Ada sahaja yang nak dibelek, dikuis, dikorek, dan dicabut. Dan berkali-kali jugak saya dok punggah pasu bunga besar gedabak ke sana ke mari sebab asyik tak puas hati dengan susun atur di kawasan tunggul pokok yang di tebang dahulu. Sebelum ini saya tabur batu-batu kecil warna hitam dan putih di sekeliling tunggul pokok dan biarkan pokok sepit udang tumbuh dengan subur. Tapi sejak dah berjinak-jinak dengan pokok bunga ros saya terpaksa pangkas semua pokok sepit udang sebab menghalang cahaya matahari ke atas pokok-pokok bunga ros. Lepas dah pangkas pokok-pokok tu maka nampak bersepah pulak longgokan batu-batu kecil tu. Jadi terpaksalah saya kutip satu persatu. Akar daripada tunggul pokok pun dah reput dimakan anai-anai. Terpaksalah saya korek akar tu dan ratakan tanah. Tapi tunggul pokok tu masih agak utuh. Tak terdaya tulang empat kerat yang mula dimakan usia ni nak mengerjakannya. So kita bersabar dulu. Buat sementara waktu ni kita buat apa yang terdaya sahaja.

Hasil kutipan.

Perdu pokok sepit udang yang dah togel.

Tunggul pokok yang ditebang dahulu

Asal kejadian sebelum saya pangkas semua pokok sepit udang itu.

Pabila kawasan tunggul pokok tu dah togel, keseluruhan kawasan laman tu pun nampak togel sekali. Maka saya punggah pasu-pasu pokok lidah jin dah atur sepanjang pokok pokok ari-ari untuk menambah kehijauan. 

Cubaan seterusnya.

Setelah beberapa ketika saya sedar sebenarnya saya lebih menyukai pokok-pokok berwarna hijau. Maka saya cabut semua pokok ari-ari tu alih ke tempat lain. Pasu-pasu pokok lidah jin itu pun saya alih ke tempat lain dan diganti dengan pokok bunga melur cina. 

Terkini. (tertakluk kepada perubahan lagi.😀😀)

Tak puas hati dengan susun atur steping stone dan pokok-pokok bunga ros pulak.

Asalnya saya letak steping stone ni untuk exercise tapak kaki. Tapi sejak dapat tahu (lupa sumbernya) sebenarnya pijak batu-batu dengan tapak kaki bukanlah terapi yang elok untuk refleksologi maka saya biarkan sahaja dia di situ. Nak buang sayang sebab mahal jugak masa beli dulu. Harga RM10 sekeping. Saya angkut 20 keping dari nursery bunga Sungai Buloh. Jagi saya tambah je batu-batu baru warna hitam dan putih serta batu panjang ala-ala kayu tiga keping. Saya beli kat Nilai Nursery pulak. Harga batu kayu tu RM18 sekeping. Batu putih RM22 seguni manakala batu hitam RM27 seguni.

Gigih makcik susun semula steping stone dan punggah pasu bunga ros ke tempat lain pulak.

Terkini. (juga tertakluk kepada perubahan lagi.😀😀)

Kawasan baru untuk pokok ros saya. 

Lagi la banyak masa nak duduk termenung dan  merenung di halaman rinduku.


PS:Lagi lama merenung lagi banyak yang tak kena. Hmm... Sabo jelah.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.