Dalam seminggu dua ni asyik dok mikir pasal halaman rinduku sahaja. Ada sahaja projek baru yang melintas dalam kepala. Setiap kali balik Ampang, hampir setiap pagi dan petang saya akan turun ke laman kala hari tidak hujan. Banyaklah benda-benda yang nak ditelek dan dipikirkan. Hari tu dah angkut dan susun segala pasu ke tempat yang baru. Lepas berehat sebentar di Alor Staq dan Nilai kita caj balik tenaga dan sambung projek baru pulak.
Maka pada suatu pagi nan indah saya pangkas semua pokok-pokok pinang yang dah merimbun selama ini. (Lupa pulak nak ambik gambar sebelum kejadian). Maka habislah togel kawasan tembok pagar saya tu menampakan kawasan dinding yang dah berkulat. Bukan main seronok saya memangkas batang dan daun serta anak-anak pokok sekeliling pangkal pokok pinang tu. Sedar-sedar dah bertambun-tambun daun-daun yang terkumpul. Aduhai... jenuh pulak nak setelkan masalah pembuangan nanti. So kita bertenang dulu sehari dua. Biar pelepah dan daun agak kering supaya ringan sikit nak angkut buang nanti.
Tembok dah togel. |
Pelepah dan dedaun mulai kering selepas dua hari. |
Dah habis tempoh bertenang kita sambung mengumpul pelepah dan daun untuk di buang pulak. Alhamdulillah kebetulan hari tu anak bujangku ringan tulang nak menolong maka lepas saya dah ikat semua pelepah dia pi angkut buang kat tempat sampah. Daun-daun dan rumput saya sapu dan masukkan dalam plastik dan buang kat tempat sampah juga.
Kita gunakan segala guni plastik yang ada. |
Selepas dah setel kerja-kerja memangkas dan kawasan halaman dah nampak clear mulalah mata ini mencari pemandangan baru. Kebetulan baru-baru ni saya buat stor konsep terbuka kat bahagian tepi rumah maka banyaklah barang-barang dilonggokkan kat situ. Dah sakit pulak mata saya dok tengok hari-hari. Sepatutnya nak letak tile kat kawasan tu tapi bajet belum cukup maka kita berpada dengan apa yang ada.
Kawasan depan stor terbuka yang subur dengan rumput. |
Kawasan tu asalnya tempat turun air hujan dari bumbung atas. Sebelum saya pasang awning, area tu memang jadi macam kolam setiap kali hujan lebat. Rumput sekeliling pun hidup subur. Penat pulak rasanya setiap kali nak kena cabut rumput-rumput itu. Nak tunggu bajet tile macam lambat lagi maka saya cabut semua rumput tu dan atur tile memenuhi kawasan depan stor terbuka tu Kebetulan ada lebihan tile kat stor tu maka saya susun kepingan tile tu kat depan kawasan stor tu biar nama elok sikit.
Tahanlah beberapa ketika sebelum tile tu pecah-pecah kena pijak. Maklumlah, saya main letak je tile tu atas tanah. Yang tukang pijak pulak semua spesis gajah, haruslah retak tile tu. Lagipun bila hujan turun kawasan tu masih lecak sebab air hujan masih melimpah masuk. saya buang tile yang pecah dan susun semula biar nampak kemas sikit. Tapi masih nampak kotor akibat lecak air hujan.
Abaikan susunan kat stor terbuka yang berserabut itu. |
Setelah ditelek dan direnung maka saya buang semua tile yang ada. Lepas tu saya angkut batu-batu depan rumah dan susun semula kat kawasan depan setor tu. Semangat makcik hingga lupa badan dah mula out. Tapi masa buat kerja-kerja tu bukan main bertenaga. Alhamdulilllah berpeluh hingga ke kaki.
Gigih menyusun. |
Selepas dah punggah segala batu maka togel pulak lagi satu kawasan. Kesian pulak nampak togel begitu. Tapi kita be positif, ianya hanya sementara. Seminggu dua lepas ni rumput akan tumbuh dan pokok yang saya pangkas tu akan tumbuh semula dengan cantik. Terpaksalah kita tunggu nature untuk memulihkan keadaan. Moga Allah bantu.
Mangsa kejadian... |
Sebelum kejadian. |
PS: Lepas ni nak kena berehat minda dan jasad untuk fokus kepada bulan Ramadhan pulak.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.